Archive for the ‘politik’ Category
Semoga dengan berakhirnya kemelut mengenai isu kerajaan perpaduan ini, jemaah yang kita kasihi kembali damai, insya-Allah. Bookmark on Delicious Digg this post Recommend on Facebook share via Reddit Share with Stumblers Tweet about it Subscribe to the comments on this post
Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Saidin seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini, 22 Jun 2009. Beliau berkata, tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang menolak cadangan kerajaan perpaduan seperti menolak ayat yang terkandung di dalam al-Quran. Selain [...]
KOTA BHARU – Dewan Pemuda PAS negeri membidas kenyataan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Afandi Yusoff yang meminta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat supaya meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar ekoran bantahan mewujudkan kerajaan perpaduan. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri, Dr Rosli Allani Abd Kadir (gambar) berkata, Mohd [...]
Hari ini 21 Jun 2009 di dalam akhbar Sinar Harian tersiar janji yang dibuat oleh ‘bekas bakal’ Menteri Besar Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin bahawa kononnya Manek Urai akan dijadikan sebagai ‘anak angkat’ jika Barisan Nasional memenangi pilihanraya kecil 14 Julai ini. Nampaknya UMNO masih belum puas-puas untuk menaburkan janji demi janji menjelang [...]
Hari ini terpampang di muka depan akhbar Sinar Harian ajakan ‘ikhlas’ Tan Sri Muhyidin Yasin terhadap PAS untuk sama-sama membentuk kerajaan perpaduan. Kata Muhyidin, UMNO bersedia untuk berunding dengan tidak meletakkan sebarang syarat. Dan yang paling istimewa ialah kesediaan UMNO untuk akur kepada sebarang syarat yang dikenakan oleh PAS. Benarkah UMNO demikian? Sudah terbalikkkah dunia [...]
Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hari ini seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini (Jumaat, 19 Jun 2009) menggesa rakyat supaya tidak mencontohi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang katanya tidak sukakan perpaduan. Rais dengan penuh yakinnya menyatakan bahawa kepimpinan Nik Aziz langsung tidak [...]
Hari ini, 17 Jun 2009, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian yang menyelar tindakan Menteri Besar Perak yang sah, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang melaungkan ‘hidup rakyat’ dan ‘bubar dun’ di dalam Parlimen Isnin lepas. Anuar Safian menyifatkan tindakan Nizar itu sebagai ‘mengamalkan hukum rimba’ dan ‘tindakan luar batasan.’ [...]
16 Jun 2009 – Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat yang diumumkan oleh Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi. Berikut merupakan senarai tersebut: Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan Ketua : Ustaz Azman [...]
Tertarik saya membaca kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian di dalam Sinar Harian pada hari ini (16 Jun 2009). Beliau yang baru saja dilantik oleh Khairy Jamaluddin memegang jawatan tersebut dilaporkan mengecam hebat apa yang kononnya diucapkan oleh pemimpin PAS berkenaan dengan ungkapan ‘bertumpah darah’. Sehingga hari ini, UMNO masih gagal membuktikan siapakah yang [...]
Hari ini terpampang di muka hadapan Sinar Harian kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed di bawah tajuk Kita Bukan Nak Berperang. Beliau dikatakan kesal dengan kenyataan pemimpin PAS yang sanggup ‘bergocoh’ atau bertumbuk demi pertahankan DUN Manek Urai. Di dalam kenyataan lanjutnya, beliau juga menyebut istilah ‘bertumpah darah’ yang didakwanya diucapkan [...]











