AhmadFadhli.com.my » politik

Kadar Kerosakan Gigi Kanak-Kanak : Utusan Malaysia Manipulasi Fakta
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan laporan  Utusan Malaysia pada hari ini (23 November 2011) yang masih terus  menerus menyerang kerajaan negeri Kelantan berhubung isu air. Hari ini  di muka hadapan akhbar tersebut, dilaporkan bahawa kadar kerosakan gigi  di kalangan kanak-kanak di Kelantan adalah yang tertinggi di Malaysia  dan ia dikatakan berpunca dari air yang tercemar dan mengandungi florida  yang tidak mencukupi.

2. DPPNK menyifatkan bahawa  serangan ini merupakan satu serangan yang terancang di dalam usaha untuk  menjatuhkan imej kerajaan negeri Kelantan. Isu air yang mula dilaporkan  semenjak hari Ahad, 20 November 2011 telah diletakkan di muka hadapan  selama empat hari berturut-turut dan mungkin dikira sebagai isu yang  mampu menggugat penguasaan PAS di Kelantan di dalam pilihanraya umum  yang akan datang.

3. Sukalah DPPNK merujuk kepada laporan  Utusan Malaysia sendiri di dalam sisipan Kesihatan pada 16 Januari 2011.  Laporan tersebut membawa kenyataan Pakar Pergigian dan Ortodontik  Kanak-kanak Prof. Dr. Nik Noriah Nik Hussien yang menyatakan bahawa  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan kerosakan gigi  kanak-kanak di Malaysia sememangnya tinggi dengan hanya 25.5 peratus  sahaja kanak-kanak yang bebas dari masalah gigi berbanding dengan kadar  50 peratus yang ditetapkan oleh WHO. (Rujuk  : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0116&pg=kn_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2011)

4.  Persoalannya, adakah logik kadar rendah bebas masalah gigi di Malaysia  itu disumbangkan oleh Kelantan sahaja? Jika di Kelantan ia berpunca dari  kadar florida yang rendah lalu dikaitkan dengan kelemahan kerajaan  negeri membekalkan air yang bersih, bagaimana pula dengan kadar  kerosakan gigi kanak-kanak di seluruh Malaysia yang disifatkan rendah  oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)?

5. DPPNK mencabar  Utusan Malaysia agar menyiarkan kenyataan mana-mana doktor gigi yang  bertauliah atau mana-mana kajian ilmiah yang berautoriti untuk  mengesahkan bahawa kekurangan fluorida di dalam bekalan air menjadi  punca utama kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak khususnya di  Kelantan.  Bahkan menjadi satu fakta yang diketahui umum bahawa punca  utama kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak bukanlah kerana kekurangan  fluorida di dalam bekalan air tetapi kerana makanan yang manis yang  mengandungi gula yang tidak dibersihkan.

6. Adalah di luar  logik akal jika masalah kekurangan fluorida yang serius di dalam  kandungan air terawat di Kelantan tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh  Kementerian Kesihatan Malaysia yang membuat pemantauan dari masa ke  semasa.

7. DPPNK berpandangan, tindakan Utusan Malaysia  yang memanipulasi fakta untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Kelantan  ini tidak lain hanyalah untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan  yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Benarlah  kata-kata Menteri Besar Kelantan, air Kelantan ingin digunakan untuk  membersihkan najis lembu bernilai RM250 juta.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 23 November 2011

Rujukan :

1. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/GIG…

2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp…

Skandal NFC : Kerajaan Perlu Bertanggungjawab
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk memberikan  respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana  Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang tersiar di muka hadapan  Berita Harian hari ini 16 November 2011. Di dalam kenyataan tersebut,  beliau dilaporkan meminta National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)  memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan projek Pusat  Fidlot Nasional (PFN) yang hangat diperkatakan pada hari ini.

2. DPPNK melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana  Menteri ini sebagai satu usaha untuk ‘berlepas tangan’ setelah  pendedahan yang dibuat ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang  menyebut bahawa projek ini berdepan dengan masalah di mana sasaran  pengeluaran dikurangkan daripada 60,000 ekor lembu kepada 8,000 ekor  lembu.

3. Dalam isu ini, sewajarnya pihak kerajaan  bertanggungjawab keseluruhannya kerana syarikat yang terlibat merupakan  milik keluarga terdekat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Sikap Muhyiddin yang meminta NFC  memberikan penjelasan jelas sekali merupakan satu usaha untuk ‘cuci  tangan’ dan menafikan hakikat bahawa budaya rasuah dan penyelewengan  sudah merupakan satu budaya yang tidak boleh dipisahkan daripada UMNO  dan Barisan Nasional. Tidak wujudkah satu persepsi yang kuat bahawa  hutang sebanyak RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC itu berasaskan  kepada kedudukan istimewa yang dimilki oleh Shahrizat di dalam kerajaan?  Tidak sedarkah Muhyiddin bahawa Shahrizat merupakan seorang Menteri  yang dipilih sendiri oleh Perdana Menteri untuk menganggotai kabinet  sekalipun kalah di dalam pilihanraya umum yang lepas? Apa sahaja skandal  yang melibatkan Shahrizat sewajarnya dipikul tanggungjawabnya oleh  kerajaan dan bukan hanya meminta penjelasan diberikan oleh NFC  semata-mata.

4. DPPNK ingin mengingatkan bahawa skandal NFC ini  hanyalah merupakan salah satu kes dari pelbagai kes penyelewengan yang  telah berlaku dalam pengurusan kewangan negara. Antaranya skandal PKFZ  yang melibatkan RM12 billion, skandal PERWAJA melibatkan RM2.56 billion,  skandal Simedarby RM1.6 billion dan pelbagai lagi senarai kerugian yang  terpaksa ditanggung akibat salah urus dan penyelewengan oleh kerajaan  UMNO / Barisan Nasional. Ini belum mengambil kira ketirisan yang  dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membentuk jumlah  yang dianggarkan mencecah RM28 billion.

5. Justeru, DPPNK menyeru  kepada kerajaan Malaysia agar lebih bertanggungjawab dalam isu NFC ini  dengan membentangkan kertas putih di Parlimen dan melakukan pendedahan  yang lebih telus di samping mengambil tindakan tegas ke atas individu  yang terlibat jika terbukti berlakunya penyelewengan. DPPNK yakin banyak  lagi fakta yang disembunyikan dari pengetahuan umum yang jika  didedahkan akan lebih menjelaskan wajah sebenar UMNO / Barisan Nasional  yang begitu buruk di dalam mengurus tadbir kewangan negara.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 16 November 2011

Syabas Dato Husam!
Syabas saya ucapkan kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Dato Haji Husam bin Musa yang telah menolak pencalonan sebagai Presiden seperti yang dicadangkan oleh PAS Kawasan Bukit Bendera. Pada saya, kenyataan beliau ini satu lambang kebijaksanaan dan hikmah yang dimiliki oleh beliau sebagai salah seorang exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan.

Bukan soaal layak atau tidak, tetapi pertembungan di antara beliau dengan Tuan Guru Presiden mungkin akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni demi imej beliau sendiri di masa hadapan. Pada saya, beliau tidak boleh diletakkan hanya sekadar AJK Pas Pusat sahaja, bahkan patut diberikan peranan yang lebih penting di dalam merangka strategi untuk PAS menggantikan UMNO suatu hari nanti.

Padang hari ini tidak sama lagi dengan padang kelmarin, permainan hari ini sudah berbeza rentaknya dengan kelmarin. Barisan kepimpinan perlu disegarkan dengan idea baru dan pendekatan berbeza ke arah cita-cita untuk muncul sebagai parti yang boleh menjadi alternatif untuk rakyat Malaysia.

Di Kelantan, Dato Husam sudah membuktikan keupayaannya membantu YAB Tuan Guru dengan idea-idea segarnya, maka elok sahaja beliau diketengahkan di peringkat pusat dengan diberikan peranan yang sewajarnya.

Di dalam masa yang sama, isyarat dari PAS Kawasan Bukti Bintang tidak seharusnya dipandang rendah. Ada ombak-ombak kecil yang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan prestasi yang ada pada hari ini. Lalu ia diterjemahkan melalui pencalonan individu yang lain untuk jawatan tertinggi parti. Justeru, jangan disekat suara ini. Biarlah mereka bersuara dalam rangka disiplin parti dan menjaga keutuhan jemaah.

Syabas Dato Husam!

- 14 April 2011

Penjelasan Terhadap Laporan Muka Hadapan Mingguan Malaysia 20 Februari 2011
1.       Saya ingin merujuk kepada laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini 20 Februari 2011 yang meletakkan tajuk : “NIK AZIZ UBAH NADA : BIMBANG PENURUNAN SOKONGAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP PAS”. Di bawah tajuk tersebut ditulis kenyataan, “Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan. (Rujuk di sini)

2.       Saya menyifatkan bahawa laporan ini merupakan satu bentuk fitnah secara sistematik denga memanipulasikan sebahagian kenyataan YAB Al-Mursyidul Am PAS demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah UMNO ini. Mingguan Malaysia sekali lagi merelakan dirinya menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat professional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan. Jika mengikut rekod pemberitaan Mingguan Malaysia, laporan ini akan disusuli dengan pandangan pelbagai pihak di dalam UMNO yang akan berebut-rebut ruang di dalam akhbar untuk menonjolkan pandangan dan pendapat.

3.       Sebelum pihak-pihak ini melontarkan pandangan berasaskan laporan yang kurang tepat, sukalah saya nyatakan bahawa laporan tersebut hakikatnya merujuk kepada ucapan al-Mursyidul Am PAS ketika merasmikan Konvensyen KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA – JAMINAN PAS yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 Februari 2011.

4.       Realiti yang sebenarnya ialah al-Mursyidul Am merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang-orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain. Mereka perlu diberikan keutamaan untuk memahami Islam kerana jika bangsa Melayu mengamalkan Islam yang sempurna ia akan menjadi contoh tauladan kepada bangsa lain.

5. Petikan teks ucapan beliau yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut : “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini. Firman Allah SWT  yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat – Surah al-Syuara’, ayat 214

Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah. Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja.

6.       Permainan akhbar Mingguan Malaysia boleh dilihat apabila hanya melaporkan kata-kata beliau seperti berikut : “Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.”

7.       Oleh yang demikian, tidak timbul soal YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi. Tambahan pula, YAb Tuan Guru sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu namun tidak menjadikan isu ini sebagai alat untuk menarik sokongan orang-orang Melayu seperti UMNO yang pada hakikatnya mengkhianati bangsa Melayu di dalam banyak perkara.

8.       Justeru, semoga pihak Mingguan Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk memutar belitkan sebarang laporan selepas ini. Saya berharap agar kerjasama dan hubungan baik di antara pejabat Menteri Besar Kelantan dengan pihak akhbar Mingguan / Utusan Malaysia boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Setiausaha Akhbar,

YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 20 Februari 2011 / 17 Rabiul Awal 1432

Isu Kenyataan Lee Kuan Yew : Utusan Malaysia Akhbar Minda Kelas Ketiga
Untuk kesekian kalinya, Utusan Malaysia berjaya membuktikan dirinya  sebagi akhbar minda kelas ketiga. Barangkali dikekang oleh statusnya  sebagai akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia terpaksa bertindak di luar  batas etika kewartawanan. Semalam 27 Januari 2011, muka depannya  memaparkan satu fitnah yang maha besar terhadap Menteri Besar Kelantan,  Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Di bawah tajuk besar, “Kuan Yew Takut Jiran”, Utusan  memetik kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu yang mencadangkan  agar umat Islam mengurangkan pegangan terhadap Islam.  Apa yang  menjadikan laporan itu hebat ialah ayat ringkas Nik Aziz pertahan Kuan Yew dan juga ruangan Senyum Kambingnya yang mengembek dengan dialog, Apa nak buat, dia Tok Guru celaru.

Nampaknya  Utusan Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk memutarkan fakta yang  barangkali sukar untuk dipercayai hatta oleh ahli-ahli UMNO sekalipun.  Munasabahkah pada pemikiran seorang yang waras, seorang Menteri Besar  yang dikenali sebagai orang yang paling kuat berusaha memahamkan rakyat  tentang nilai Islam, menjadi orang yang menyokong supaya nilai Islam  dikurangkan? Logikkah seorang yang saban minggunya berkuliah  menghuraikan tafsiran al-Quran tiba-tiba cenderung agar nilai Islam  dikurangkan? Untuk mempercayai premis inipun sudah sukar, lainlah jika  pemimpin yang dikenali sebagai tahi judi, kaki rasuah atau  sekurang-kurangnya gagal membimbing ahli keluarganya patuh pada agama  berkata demikian.

Saya tidak berada di dalam sidang media  tersebut yang didakwa dibuat selepas Mesyuarat Exco Kelantan pada 26  Januari 2011. Bagaimanapun, hasil bantuan rakan-rakan wartwan yang lain,  rakaman membuktikan bahawa apa yang disebut oleh Nik Aziz ialah,”Tidak  pelik jika Lee Kuan Yew menolak Islam, kerana dia bukan Islam. Apa yang  pelik ialah orang Melayu yang tolak Islam dan mengambil fahaman  nasionalis..” Itu saja. Barangkali tahap penguasaan bahasa Melayu  yang rendah di kalangan wartawan Utusan Malaysia menyebabkan mereka  gagal memahami premis semudah ini. Mungkin wartawannya lebih baik  membuat liputan berkenaan isu-isu kebersihan sahaja kerana ia barangkali  lebih mudah dan tidak memerlukan daya penguasaan bahasa yang mantap.  Laporan kawan media saya, saudara Yulpisman di dalam akhbar Utusan  Malaysia hari ini 28 Januari 2011 boleh dirujuk.

Mudah  sahaja mahu memahami hasrat hati media sebegini, mereka mahu Nik Aziz  menari seirama dengan mereka. Apabila Lee Kuan Yew dilaporkan  mengucapkan kata-kata demikian, mereka mahu Nik Aziz bangkit menentang  seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang akan bangun menentang. Barangkali  akan adanya kata-kata Jangan jolok sarang tebuan, jangan main api dan sebagainya sebagaimana budaya geng-geng songkok yang tinggi. Jika  NIk Aziz seirama dengan mereka, dilihat seolah-olah masyarakat Islam di  Malaysia bersatu di bawah kepimpinan UMNO menghadapi apa yang disebut  sebagai ancaman luar. Sayangnya, Nik Aziz tidak begitu. Mereka pula  dibidas lebih dahsyat daripada Lee Kuan Yew sendiri!

Sewajarnya  Utusan Malaysia sebagai akhbar yang ‘paling prihatin’ terhadap  nilai-nilai Islam ini melihat kepada kenyataan yang lebih merbahaya yang  dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang terkenal  dengan aksinya satu ketika dahulu. Jika Utusan Malaysia terlepas  pandang, sukalah saya memaklumkan bahawa orang itu telah berkata di  dalam isu bersalaman bukan mahram, “So what is so great about that?  That is your religious value which I don’t know. How am I to know about  the… religious values when I’m not practising that religion? I have  the right to say that it’s basic manners to shake hands with people.  That’s my values. Understand? You also must value my value, which is  good manners, which includes shaking hands,”

Barangkali, kanta Utusan Malaysia terlampau besar sehingga terlihat ‘kuman’ di seberang sehingga terlupa ‘gajah’ di Johor.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

28 Januari 2011.

-penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Konsert Wali Band : Pemuda UMNO Kelantan Dinasihati Memahami Enakmen Kawalan Hiburan 1998
1.       Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia 1 Januari 2011 (muka 24). Kenyataan yang sama turut tersiar di dalam akhbar Sinar Harian 1 Januari 2011 (muka N7).  Beliau di dalam kenyataan tersebut mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan penganjuran persembahan kumpulan dari Indonesia, Wali Band sempena sambutan tahun baru 2011 di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu, Kelantan.

2.       DPPNK ingin memberikan penjelasan bahawa setiap persembahan hiburan di Kelantan haruslah mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. Inilah pendirian kerajaan Kelantan sejak memperkenalkan Dasar Membangun Bersama Islam dan tidak timbul timbul soal mengubah pendirian untuk menarik golongan muda seperti yang dinyatakan oleh Anuar.

3.       Di dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, sudah disenaraikan bentuk-bentuk larangan yang dikenakan terhadap semua aktiviti persembahan hiburan di Kelantan dan persembahan konsert Wali Band tidak langsung melanggar Enakmen tersebut. Manakala penganjur konsert, Anjung Tulus Corporation Sdn. Bhd. telah diberikan syarat agar memastikan tidak berlakunya percampuran di antara penonton lelaki dan perempuan bukan mahram sepanjang persembahan berlangsung. Inilah juga peraturan yang dikenakan terhadap semua penganjur aktiviti hiburan di Kelantan termasuklah Jom Heboh yang dianjurkan oleh Stesyen TV Portal TV3 pertengahan tahun lepas.

4.       Sebarang kelemahan di dalam penguatkuasaan Enakmen tersebut tidaklah sama sekali boleh menafikan hasrat positif yang terkandung di dalamnya.

5.       DPPNK ingin menasihatkan Pemuda UMNO Kelantan khususnya ketuanya sendiri agar membaca dan memahami dahulu Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang hanya menampakkan kedangkalan semata-mata.

6.       Saudara Anuar Safian juga turut membangkitkan berkenaan status kumpulan tersebut sebagai ‘orang luar’ yang kononnya diutamakan berbanding dengan kumpulan tempatan. Alasan yang remeh seperti ini sepatutnya tidak keluar dari seorang ketua pergerakan pemuda parti yang mendakwa mendokong 1Malaysia. Barangkali Pemuda UMNO Kelantan mahu menyindir kerajaan Barisan Nasional yang mengambil syarikat perunding APCO Wordwide menjadi penasihat dengan bayaran RM77 juta setahun!

7.       Sewajarnya Pemuda UMNO Kelantan lebih prihatin terhadap langkah UMNO membenarkan penganjuran konsert yang terang-terang melanggar syariat seperti persembahan artis gay yang penuh kontroversi, Adam Lambert mengadakan konsert di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13 Oktober 2010 yang lepas. Tidurkah Pemuda UMNO Kelantan ketika itu?

8.       Justeru, DPPNK melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan tersebut hanyalah kenyataan remeh temeh dan hanya bertujuan untuk mengelakkan tanggapan bahawa Pemuda UMNO Kelantan sudah kekeringan isu untuk bersuara. DPPNK ucapkan, selamat bersuara!

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 26 Muharam 1432  / 1 Januari 2011

Nahas Bas Ekspres : DPPNK Kesal Laporan Media Berunsur Khurafat
1.       Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) terpanggil untuk memberikan respon ekoran nahas Bas Ekspres di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands yang mengakibatkan 27 orang maut pada 20 Disember 2010 yang lepas. DPPNK mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat termasuklah pelancong-pelancong dari Thailand dan semoga dapat bersabar di dalam menghadapi kehilangan orang yang tersayang.

2.       Di dalam masa yang sama, DPPNK terpanggil untuk memberikan respon terhadap laporan muka hadapan akhbar Kosmo, 21 Disember 2010 yang boleh menjurus kepada kepercayaan khurafat dan syirik.

3.       Laporan muka hadapan akhbar berkenaan cuba mengaitkan kehadiran ratusan burung gagak di atas bumbung hotel tempat penginapan mangsa nahas pada malam sebelum kejadian sebagai petanda bahawa nahas tersebut akan berlaku. Dilaporkan juga bahawa ratusan burung gagak berkenaan membuat bising pada malam berkenaan seakan-akan memberi petanda awal terhadap tragedi tersebut.

4.       Perlulah diingatkan, mengaitkan nasib malang atau tuah kepada burung yang terbang di udara merupakan amalan syirik yang sangat ditegah oleh Rasulullah SAW. Di dalam Islam, ia digelar sebagai amalan tatayyar. Di zaman Jahiliyyah, mereka akan melihat arah burung yang terbang sebelu memulakan perjalanan. Arah terbang tertentu dianggap sebagai nasib malang yang akan menimpa dan begitu juga sebaliknya.

5.       Amalan ini sangat ditegah oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadisnya :

a.       “al-Tiyarah (tatayyar)  itu syirik” – maksud hadis riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ahmad.

b.      “Sesiapa yang menggantung hajat kepada burung yang terbang sesungguhnya telah (melakukan) syirik..” – Maksud hadis riwayat Ahmad.

6.       Kesimpulannya, menggantungkan tingkah laku binatang khususnya burung dengan sesuatu perkara yang akan berlaku (kecuali mempunyai penjelasan logik) adalah merupakan amalan syirik dan khurafat. Sehubungan dengan itu, sukalah diingat kepada pengamal media untuk tidak memanipulasikan berita-berita seperti ini dari sudut yang boleh menjerumuskan kepada kepercayaan syirik. Janganlah pemberitaan sensasi menjadi keutamaan sehingga menyebabkan terlanggarnya batasan-batasan akidah dan syarak.

Sekian.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 23 Disember 2010 / 17 Muharam 1432

DPPNK Pelawa Awang Selamat Bersemuka, Kesal Dengan Kenyataan Zulkifli Nordin
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) ingin      memberikan  respon terhadap tulisan Awang Selamat di dalam kolum khasnya di       akhbar Mingguan Malaysia pada 19 Disember 2010 yang lepas. Awang Selamat       di dalam tulisannya mengecam habis-habisan parti-parti pembangkang  dan      menyifatkan PAS menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Di dalam  tulisannya      itu, beliau juga turut menyebut nama al-Mursyidul Am  PAS, Tuan Guru Datuk      Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai  pemimpin yang menjadi Pak Turut      kepada PKR dan DAP.

2. DPPNK  menyifatkan tulisan Awang Selamat tersebut      sebagai tulisan yang  penuh kebencian melampau terhadap Pakatan Rakyat dan      sangat tidak  beretika di samping mengenepikan terus budaya kewartawanan       profesional yang sepatutnya dijunjung oleh seorang wartawan senior  seperti      Awang Selamat. Menyifatkan al-Mursyidul Am dengan tuduhan  sedemikian rupa      seolah-olah membuktikan bahawa Awang Selamat hanya  ingin dirinya      ditonjolkan sebagai wartawan yang terus sedia  mengampu UMNO ‘dulu, kini      dan selamanya.”

3. DPPNK ingin  mengingatkan Awang Selamat,      al-Mursyidul Am PAS telah menjadi  Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun      yang bersih tanpa rasuah dan  penyelewengan berbeza dengan rata-rata      pimpinan UMNO yang terlibat  dengan pelbagai skandal dan tuduhan. Lupakah      Awang Selamat bahawa  ada bukan seorang bekas Menteri Besar daripada      kalangan UMNO yang  pernah dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah? Bahkan      Majlis  Tertinggi UMNO sendiri pernah menghukum beberapa pimpinan UMNO       kerana terlibat dengan politik wang dan sehingga hari ini masih bebas       menjadi pimpinan.

4. Kepimpinan al-Mursyidul Am PAS jauh lebih  bersih      dari pimpinan UMNO. Kekuatannya ialah kerana Islam yang  menjadi pegangan.      Justeru, menuduh beliau sebagai pak turut ialah  satu tuduhan yang      melampau. DPPNK mencabar Awang Selamat agar  membuktikan di manakah prinsip      Islam yang digadaikan PAS sewaktu  bersama Pakatan Rakyat? DPPNK juga      sangat berbesar hati untuk  mempelawa Awang Selamat agar bersemuka di      mana-mana pentas di atas  tajuk ini. Jangan hanya pandai berselindung di      sebalik nama samaran  lantas melontarkan tuduhan-tuduhan keji dan tidak       bertanggungjawab.

5. Di samping itu, DPPNK juga ingin melahirkan  rasa      kesal terhadap tuduhan yang bernada serupa yang dikeluarkan  oleh Ahli      Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin melalui  tulisannya di dalam      akhbar yang sama. Demikian juga kenyataan  beliau yang mempertikaikan      ucapan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal  Singh yang memberikan respon      positif terhadap Islam dengan  mengisytiharkan secara terbuka menerima      prinsip Islam sebagai agama  rasmi negara. Zulkfili Nordin yang menyifatkan      kenyataan itu  sebagai sandiwara perlu diingatkan bahawa mengikut rekod,      tidak  pernah DAP mengkhianati bangsa Melayu Islam sebagaimana yang       dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Siapakah yang melantik Ketua  Menteri      Pulau Pinang daripada kaum Cina sedangkan kaum Melayu yang  menjadi      majoriti di dalam Dewan kalau bukan UMNO? Siapakah yang  menafikan      peruntukan perkapita untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR)  kalau bukan UMNO?      Siapakah yang saban hari meindas dan menafikan  peruntukan pembangunan      untuk Kelantan yang majoritinya ialah orang  Melayu kalau bukan UMNO?

6. DPPNK mencabar Zulkifli Nordin untuk  mendedahkan      secara terperinci apa yang didakwa sebagai Perjanjian  Syaitan di antara      PKR dan DAP. Sekiranya beliau tidak dapat membuat  pendedahan terhadap apa      yang didakwanya wujud, terbuktilah bahawa  beliau telah mengizinkan      tangannya menjadi tangan syaitan kerana  menulis perkara yang terang-terang      membohongi rakyat.

7. Jika  Zulkifli Nordin menuduh DAP akan menipu      rakyat, DPPNK ingin  mengingatkan beliau dan pihak-pihak yang senada      dengannya seperti  Perkasa dan lain-lain bahawa pihak yang menipu rakyat      ialah mereka  yang memenangi pilihanraya di atas tiket parti lain lalu      menukar  haluan selepas pilihanraya. Ini terang-terang menipu pengundi dan       rakyat. Dalam hal ini, pertubuhan seperti Perkasa juga seharusnya malu       sekiranya individu seperti ini yang memimpin mereka. Sewajarnya  setiap      kenyataan orang bukan Islam yang dilihat positif terhadap  Islam perlu      disambut dengan respon yang baik. Apa yang  menghairankan, selama      orang-orang seperti Zulkifli Nordin dan  Perkasa lah yang merupakan pihak      yang kuat mendakwa DAP sebagai  anti Islam, lalu apabila kenyataan sebegini      dikeluarkan, mereka  dakwa pula sebagai sandiwara. Lalu, adakah yang ikhlas      hanyalah  UMNO? Hebat sangatkah mereka sehingga mampu meneropong terus ke       lubuk hati untuk memeriksa keikhlasan? Atau mereka mahu mendakwa sudah       diberikan kelebihan ilmu kasyaf sebagaimana seorang ulama UMNO di       Kelantan? Paling tidak, buktikan dengan rekod, bilakah DAP menikam  umat      Islam sebagaimana yang mereka tuduh.

8. Perlu  diingatkan, pada zaman Rasulullah SAW, jika      dibandingkan dengan  kaum musyrikin yang memusuhi Islam, kaum munafik yang      menjadi duri  dalam daging jauh lebih merbahaya.  Dalam hal ini, kopiah di kepala  bukan      membuktikan iman di hati jika lidah menuturkan kata-kata  munafik. Apatah      lagi jika  dibandingkan dengan      orang-orang  musyrik yang tidak memusuhi Islam, ternyata Rasulullah SAW       menjalinkan persefahaman dengan mereka berbanding dengan orang-orang       munafik yang sentiasa diminta untuk berwaspada.

Sekian.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bertarikh : 15 Muharram 1432 H / 21 Disember 2010 M

Pencuri Dibelasah : Kembalilah Kepada Syariat Islam
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal terhadap beberapa insiden individu yang disyaki pencuri dibelasah sehingga maut yang berlaku akhir-akhir ini. Sewajarnya kejadian demikian tidak berlaku sekrianya semua pihak menghormati undang-undang dan tidak bertindak mengikut perasaan dan emosi masing-masing. Dari sudut yang lain, DPPNK ingin mengajak semua pihak berfikir kenapakah kes-kes seperti ini boleh berlaku? Jelas sekali berlaku ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat terhadap hukuman atau punishment yang dikenakan terhadap individu yang terlibat dengan kes kecurian. Banyak berlaku kes di mana mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman penjara dan akan bebas beberapa tahun kemudian seterusnya kembali melakukan jenayah yang sama.

Akur atau tidak, inilah tanggapan yang berlegar di tengah-tengah masyarakat pada hari ini. Hasilnya, tahap ketidakpercayaan terhadap undang-undang menjadi semakin tinggi dan menyebabkan masyarakat mula bertindak mengikut emosi sendiri.

Dalam masa yang sama, kes-kes jenayah khususnya kecurian semakin mencatat peningkatan dari tahun ke tahun yang jelas sekali membuktikan wujudnya suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat awam. Individu-individu yang terlibat sebagai penjenayah pula tidak takut untuk melakukan jenayah yang sama berulang kali sekalipun sedar akan dikenakan hukuman sekiranya didapati bersalah.

DPPNK mengajak semua pihak dan kerajaan untuk memerhatikan dengan serius scenario ini. Sudah sampai masanya untuk kembali kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Di dalam kes mencuri, al-Quran telah menetapkan hukuman potong tangan kepada pencuri sebagai pencegahan yang paling berkesan. Perhatikanlah maksud firman Allah SWT :

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai pencegahan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Maidah, ayat 38)

Hukuman potong tangan terhadap pencuri tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak sesuka hati melainkan oleh kerajaan yang mempunyai kuasa. Dengan kadar kecurian yang tertentu, ia juga hanya dilakukan setelah melalui proses pengadilan di mahkamah dan perlu dilaksanan di hadapan khalayak ramai. Ini bagi menanam rasa gerun di kalangan masyarakat untuk melakukan jenayah berkenaan. Apa yang paling penting, ia merupakan satu pencegahan daripada Allah SWT.

Hakikatnya, masanya telah tiba untuk memikirkan kembali dengan serius langkah pencegahan yang benar-benar dapat mencegah daripada berlakunya jenayah seperti ini. DPPNK yakin sekiranya semua pihak kembali kepada hukuman yang telah diajar di dalam Islam di samping mempergiatkan aktiviti kesedaran di kalangan warga awam, Insya-allah kes-kes individu yang disyaki pencuri dipukul sampai mati tidak akan berulang di masa-masa akan datang.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 16 Disember 2010 / 10 Muharam 1432

Wikileaks : Hindari Politik Tanpa Dosa dan Pahala
1.       Pendedahan Wikileaks yang kononnya mendedahkan perlakuan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat liputan besar-besaran oleh media massa milik UMNO/Barisan Nasional. Liputan besar-besaran ini menunjukkan seolah-olah Anwar telah benar-benar terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral itu.

2.       Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) terpanggil untuk menyuarakan pandangan memandangkan sikap media massa yang semakin galak mensensasikan isu ini tanpa mengira lagi sempadan dosa pahala yang diajar oleh Islam. Barangkali kerana terlampau kuat ‘Ketuanan Melayu’ sehingga menenggelamkan syariat Islam yang lebih wajib untuk dijunjung.

3.       Suka DPPNK mengingatkan terhadap satu hadis nabi SAW yang bermaksud : “Jauhilah kalian tujuh dosa besar; syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan cara yang benar, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan perang, menuduh berzina terhadap wanita yang suci.” – Hadis disepakati sahih oleh para ulama.

4.       Jelas sekali di dalam hadis di atas bahawa salah satu dosa besar ialah menuduh wanita yang suci dengan tuduhan zina. Para ulama bersepakat menyatakan termasuk di dalam kategori ini ialah menuduh kepada lelaki yang suci (belum terbukti kesalahannya secara jelas) dengan tuduhan zina dan juga liwat.

5.       Sikap media massa yang menyiarkan secara berterusan pendedahan Wikileaks yang hanya bersumberkan kepada ‘dengar cakap’ ini telah melampaui sempadan dosa dan pahala ekoran kepentingan politik murahan UMNO / Barisan Nasional. Justeru, DPPNK ingin mengingatkan pengamal media agar bertanggungjawab terhadap tulisan yang dikeluarkan kerana ia boleh menjurus kepada tuduhan zina/liwat tanpa bukti.

6.       Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di mahkamah. Dan perlu diingat, sehingga hari ini beliau belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah atas tuduhan tersebut samada tuduhan yang dilemparkan kepadanya 10 tahun yang lepas atau tuduhan yang dilemparkan pada hari ini.

7.       Bagi pihak DPPNK, kami telah menjelaskan hokum perlakuan media massa ini. Terpulanglah pula pada pengamal media untuk membuat penilaian semula. Fikirkanlah samada harga rezeki sesuap dua itu lebih bernilai dari syariat Islam yang sepatutnya dipegang erat.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 15 Disember 2010 / 9 Muharam 1432