Archive for the ‘politik’ Category
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) berpandangan sudah sampai masanya untuk mengkaji semula penggunaan nama Melayu pada nama UMNO (United Malay National Organization) berdasarkan situasi hari ini bahkan tidak menolak kemungkinan bahawa istilah tersebut perlu ditarik balik dan dihalang dari digunakan oleh UMNO. 2. Ini kerana jelas terbukti bahawa UMNO telah mengkhianati bangsa Melayu [...]
Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, “…Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. [...]
Saya membaca laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini 21 Mac 2012 yang menyiarkan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustpaha Mohamad berkenaan tanah rizab Melayu di Kelantan. Katanya, rakyat Kelantan teraniaya kononnya ekoran tindakan kerajaan negeri Kelantan memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputera. Saya kira ini merupakan kali berikutnya Pengerusi Perhubungan [...]
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan laporan Utusan Malaysia pada hari ini (23 November 2011) yang masih terus menerus menyerang kerajaan negeri Kelantan berhubung isu air. Hari ini di muka hadapan akhbar tersebut, dilaporkan bahawa kadar kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak di Kelantan adalah yang tertinggi di Malaysia dan ia dikatakan berpunca [...]
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang tersiar di muka hadapan Berita Harian hari ini 16 November 2011. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan meminta National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan [...]
Syabas saya ucapkan kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Dato Haji Husam bin Musa yang telah menolak pencalonan sebagai Presiden seperti yang dicadangkan oleh PAS Kawasan Bukit Bendera. Pada saya, kenyataan beliau ini satu lambang kebijaksanaan dan hikmah yang dimiliki oleh beliau sebagai salah seorang exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan. Bukan soaal layak atau tidak, [...]
Untuk kesekian kalinya, Utusan Malaysia berjaya membuktikan dirinya sebagi akhbar minda kelas ketiga. Barangkali dikekang oleh statusnya sebagai akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia terpaksa bertindak di luar batas etika kewartawanan. Semalam 27 Januari 2011, muka depannya memaparkan satu fitnah yang maha besar terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. [...]











