Lawatan disertai oleh pimpinan Majlis Guru PASTI (MGP) Kelantan. Turut bersama mengiringi ialah Pengarah PASTI Kelantan, YB Ustaz Abdul Latiff b Abdul Rahman serta pimpinan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI Kelantan.
Kami tiba di Jakarta kira-kira jam 3.15 petang (4.15 petang di Malaysia) pada 30 Mac 2010. Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang SukarnoHatta menyaksikan negara Indonesia [...]
Hari ini, 5 Februari 2010, saya mula melaporkan diri sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan. Taklimat mula disampaikan oleh Encik Rusdi, setiausaha sulit dan kemudiannya oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar sendiri. Doakan saya agar dapat menjalankan tugas baru ini dengan baik dan melaksanakan amanah dengan sempurna. Terima kasih.
Bookmark on Delicious Digg this post [...]
Saya tiba di Hotel Renaissance jam 6.15 petang. Tepat jam 6.30 petang, Musher OK Massri, jurucakap rasmi HAMAS sudah tercegat di depan hotel. Saya teringat pergaulan dengan orang-orang Arab ketika menuntut di Mesir, biasanya mereka jarang menepati masa, demikian juga pengalaman kawan-kawan ketika berurusan dengan orang Arab. Tetapi berlainan dengan orang yang ditarbiyah dengan jihad. [...]
dari kiri : Faiz, Musher OK Massri, Ustaz Asri, Muhandis Ismail al-Asyqar, Doktor Salim Salamah
“Yahudi menghalang kami dari memasuki Masjid Aqsa, negara-negara Arab pula menghalang kami dari memasuki Masjid Haram…”demikian keluhan Muhandis Ismail al-Asyqar, salah seorang ahli Parlimen HAMAS lewat lawatannya ke Kelantan beberapa hari lepas. Terlintas di fikiran saya betapa beratnya bebanan yang ditanggung [...]
Rakaman kuliah boleh dimuat turun di http://www.mediafire.com/?o0imdd5oyku
Bookmark on Delicious Digg this post Recommend on Facebook share via Reddit Share with Stumblers Tweet about it Subscribe to the comments on this post
Hari ini saya menyampaikan khutbah Eid Adha di Masjid Rantau Panjang. Isu utama yang disentuh ialah berkenaan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim as dan juga penghayatan terhadapnya di dalam kehidupan hari ini. Rakamannya ialah di link berikut :
http://www.mediafire.com/?2cdyojkchmy
Tidak lupa saya ucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha 1430H. Buat para hujjaj di Tanah Suci, semoga mendapat haji [...]
Saya mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci kepada YB Ustaz Abdul Latiff Abd Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang bertolak pada 17 November 2009. Semoga pemergian untuk menunaikan haji akan diganjari oleh Allah SWT dan semoga pemburuan haji mabrur akan dikabulkan olehNya.
Selamat berangkat dan selamat kembali. Tidak lupa kepada semua hujjaj yang sedang [...]
04 November 2009 – Kami berempat merentasi sempadan Malaysia-Thailand dengan misi untuk mempromosi KIAS sekaligus membuat kunjungan balas ke beberapa buah madrasah di Selatan Thailand. Bersama dengan Toyota Unser yang dipandu oleh Ustaz Zahari Sulaiman, saya bersama-sama Encik Mustapha, pegawai promosi dan Ustaz Azmin Daud, Ketua Jabatan Bahasa Arab bertolak sekitar jam 6.45 [...]
31 Oktober 2009 – Baru sebentar tadi saya diamanahkan untuk mempengerusikan majlis ceramah umum sempena perayaan Jubli Perak 25 Tahun PASTI yang diadakan di perkarangan stadium Sultan Muhammad IV. Alhamdulillah, sekalipun hujan turun renyai-renyai tetapi bilangan kehadiran agak menggalakkan. Berikut ialah rakaman ceramah untuk dimuat turun oleh peminat-peminat yang tidak sempat datang :
1. Ucapan YB [...]
27 Oktober 2009 – Semalam saya diundang berforum di Dewan Nurani Kampus USM Kubang Kerian dengan tajuk “Love Is Cinta? Hmmm..” Tajuk sebegini bukanlah saya orang yang pakar berbicara tentangnya. Nasib baik ditemani novelis yang sedang meningkat naik, Ustaz Ubaidillah Alias, pengarang novel “Warkah Cinta Berbau Syurga” dan “Mengintai Cinta Khalifah”.
“Hari ini orang lebih kenal [...]