AhmadFadhli.com.my » Minda Tuan Guru

Himpunan Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 2011

Respon Tuan Guru Nik Aziz Terhadap Kenyataan Dr. Abdul Aziz Bari
Saya diminta oleh pihak  media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar  perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu  pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa  pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut  sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama  saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang  warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan  pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang  bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan  bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam  pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk  mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli  PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun,  perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri  untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam  pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum  tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.  Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki,  namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari  ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya,  kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS.  Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa  kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu  sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah  apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Bertarikh : 20 April 2011 M / 17 Jamadil Awal 1432 H

Dari Minda Tuan Guru Nik Abdul Aziz : Sikap Saya (Siri Empat)
dapatkan di :

http://ukmb.my/

Dari minda Tuan Guru Nik Abdul Aziz : ISLAM SEDERHANA : AJARAN BARU UMNO
Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini.  Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan melampau). Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah : “Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan).

Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini Perdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia. Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO.

Ingatlah, tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.

Pertama, saya ingin bertanya, atas neraca mana nama ganas itu mahu ditampal? Adakah setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu ganas? Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah : Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi’ib Ali. Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT. Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah. FirmanNya :

وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَـتِلُونَكُمْ كَآفَّةً

Yang bermaksud : Dan perangilah kaum musyrikin (yang memerangi kamu) itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya – Surah al-Taubah, ayat 36.

Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia? Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!

Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun, bila diadakan pilihanraya pula dia dikatakan mendapat kemenangan hampir 99.99%. Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!

Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas. Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas. Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan.

Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H kepada beliau.

Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 24 Rabiul Awal 1432 /  27 Februari 2011

Penjelasan Terhadap Laporan Muka Hadapan Mingguan Malaysia 20 Februari 2011
1.       Saya ingin merujuk kepada laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini 20 Februari 2011 yang meletakkan tajuk : “NIK AZIZ UBAH NADA : BIMBANG PENURUNAN SOKONGAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP PAS”. Di bawah tajuk tersebut ditulis kenyataan, “Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan. (Rujuk di sini)

2.       Saya menyifatkan bahawa laporan ini merupakan satu bentuk fitnah secara sistematik denga memanipulasikan sebahagian kenyataan YAB Al-Mursyidul Am PAS demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah UMNO ini. Mingguan Malaysia sekali lagi merelakan dirinya menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat professional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan. Jika mengikut rekod pemberitaan Mingguan Malaysia, laporan ini akan disusuli dengan pandangan pelbagai pihak di dalam UMNO yang akan berebut-rebut ruang di dalam akhbar untuk menonjolkan pandangan dan pendapat.

3.       Sebelum pihak-pihak ini melontarkan pandangan berasaskan laporan yang kurang tepat, sukalah saya nyatakan bahawa laporan tersebut hakikatnya merujuk kepada ucapan al-Mursyidul Am PAS ketika merasmikan Konvensyen KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA – JAMINAN PAS yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 Februari 2011.

4.       Realiti yang sebenarnya ialah al-Mursyidul Am merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang-orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain. Mereka perlu diberikan keutamaan untuk memahami Islam kerana jika bangsa Melayu mengamalkan Islam yang sempurna ia akan menjadi contoh tauladan kepada bangsa lain.

5. Petikan teks ucapan beliau yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut : “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini. Firman Allah SWT  yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat – Surah al-Syuara’, ayat 214

Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah. Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja.

6.       Permainan akhbar Mingguan Malaysia boleh dilihat apabila hanya melaporkan kata-kata beliau seperti berikut : “Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.”

7.       Oleh yang demikian, tidak timbul soal YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi. Tambahan pula, YAb Tuan Guru sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu namun tidak menjadikan isu ini sebagai alat untuk menarik sokongan orang-orang Melayu seperti UMNO yang pada hakikatnya mengkhianati bangsa Melayu di dalam banyak perkara.

8.       Justeru, semoga pihak Mingguan Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk memutar belitkan sebarang laporan selepas ini. Saya berharap agar kerjasama dan hubungan baik di antara pejabat Menteri Besar Kelantan dengan pihak akhbar Mingguan / Utusan Malaysia boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Setiausaha Akhbar,

YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 20 Februari 2011 / 17 Rabiul Awal 1432

Kejatuhan Hosni Mubarak : Campur Tangan Allah SWT – Tuan Guru Nik Abdul Aziz
OLEH : TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Saya pernah belajar di  Mesir. Empat tahun saya peruntukkan dari usia muda saya untuk menimba  ilmu di bumi ambiya tersebut. Orang-orang Mesir saya lihat begitu ramah  dan mesra terutama dengan tetamu asing. Alhamdulillah, banyak pengalaman  yang saya timba di sana untuk dibawa pulang ke tanah air.

Hari  ini, rejim Hosni Mubarak jatuh tersungkur. Pandangan saya, ia  benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur  tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini. Siapa yang menyangka  Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni  Mubarak berundur? Jika di Padang Arafah, musim haji terakhir baru-baru  ini mencatat kehadiran jemaah yang wukuf seramai 2.7 juta orang (angka  rasmi), di Dataran Tahrir rupa-rupanya lebih ramai daripada itu.  Siapakah yang mengerah mereka jika tidak naluri mereka sendiri yang  digerakkan oleh Allah SWT? Mereka berkampung selama 18 hari tanpa  terjamin urusan makan minum dan pengurusan seharian semata-mata untuk  memastikan matlamat mereka tercapai. Pastinya ia terhasil ekoran  perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru  dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak.

Mesir  menyaksikan sejarah penindasan kepada para ulama yang begitu lama. Jauh  sebelum itu, musuh Allah SWT yang bernama Firaun sendiri pernah  ditenggelamkan oleh Allah SWT. Firaun yang mengaku dirinya tuhan  ditenggelamkan di laut setelah Allah SWT membenarkan Nabi Musa bersama  pengikutnya melalui laut sama yang telah dibekukan sepanjang lebih  kurang 40km. Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah  SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah  menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim. Dialah juga yang telah  menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh  special branch Quraisy. Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasaNya?

Sayangnya,  musuh Allah SWT tidak pernah belajar dari sejarah. Sekali lagi  kesilapan Firaun diulangi oleh pemerintah Mesir dengan membunuh para  ulama. Almarhum Syeikh Abdul Qadir Audah, Almarhum Syed Qutb dan ramai  lagi para ulama terkorban di bumi Mesir hasil kezaliman pemerintah  Mesir. Demikian juga ulama yang terpaksa keluar dari Mesir seperti  Syeikh Yusuf al-Qaradawi ekoran keselamatan yang sentiasa terancam oleh  polisi kerajaan Mesir.

Harapan saya, rakyat Mesir akan mendapat  pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat serta beriman dan  bertaqwa kepada Allah SWT.

-  Penulis merupakan Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Bertarikh : 10 Rabiul Awwal 1432H bersamaan 13 Februari 2011M

Perutusan Maulidur-Rasul YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan  kita keizinan untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun  ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita maklum merupakan bulan di mana  umat Islam khususnya di Malaysia menyambut hari kelahiran baginda  Rasulullah SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran  baginda Rasulullah SAW tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda  sebagai rasul kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada  semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat  Islam keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah  SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di  negara ini.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya  mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini menumpukan  kepada isu-isu semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada  hari ini. Topik-topik semasa ini perlu diketengahkan memandangkan  al-Quran sendiri yang merupakan sumber hokum di dalam Islam diturunkan  selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini tidak  lain hanyalah bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan  senario semasa yang sedang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Kedua,  para penceramah perlulah mengingatkan masyarakat umat Islam bahawa  dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki,  kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di  rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini  jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh  melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT.  Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa  Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan  besar-besaran rakyat menentang kuasa rejim yang berkuasa begitu lama  menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan menemui saat di mana kuasa  mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.

Ketiga, saya berharap agar ditonjolkan kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara. Baginda mentadbir negara

Islam  Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sebagai  seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak  meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga  mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan  bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah,  hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda  sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah  generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda.  Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala,  syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini  disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama  disebut oleh Allah SWT  yang bermaksud :

“Bacalah dengan  (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia  dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang  Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa  yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar  melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu  penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini)  sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu. – Surah al-Alaq, ayat 1-7.

Perhatikanlah  ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud  manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan  pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan  Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna  kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat  pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab  Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang  bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan-perbuatan dosa ini tidak  diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah  kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang  wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta  memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi  azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti  inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang  hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan  berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.

Keempat,  perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia.  Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan  kebaikan Islam kepada non muslim khususnya bukan hanya melalui perarakan  besar-besaran sahaja tetapi juga melalui nilai-nilai Islam yang  bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Islam melarang  perkara-perkara munkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah  manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan  semua perkara yang dilarang oleh Islam hakikatnya juga tidak diterima  oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara makruf yang  digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia  sebagai perkara-perkara yang baik.

Akhir kata,  saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar  memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman  kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda  Rasulullah SAW.

Sekian.

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 7 Rabiul Awwal 1432 bersamaan 10 Februari 2011

Kebangkitan Rakyat Mesir : Saat Sekutu Israel Dijatuhkan Allah
Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang  menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan  Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia,  Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah  kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih  merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di  zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana  Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya  Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah  kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama  terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas  kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang  mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini  ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan  kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah  dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran.  Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh  ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr.  Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb  pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman  rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang  dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan  pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi  tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap  ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di  dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam  pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk  perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim  inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada  saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin.  Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa  al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang  mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di  antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan  Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi’i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari  Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan  Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif  As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali  dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya  tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat  Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama  yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini,  tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua  akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung  kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan  Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan  akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat  Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang  benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih  umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin.  Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan  yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M

Sekular Itulah Jahiliyyah
Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada  di Tenang, Johor selama  tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari  Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya  untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid  jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut,  mereka naik ke masjid. Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu  boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam  perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui  lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya,  biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami  Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan  bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!

Islam  adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya  memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada  yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di  zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang  dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah  saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah  jahiliyyah.  Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika  tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai  nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas,  sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah  disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar  minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang  diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme  dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden  tetap merupakan benih  jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau  jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti  memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah  bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab  di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam  perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah   bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam.   Justeru Allah SWT berfirman :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud : “Apakah  hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih  baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.

Saya  ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat  menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika  benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar.  Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan  kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh  PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika  TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam,  UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak  akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut  jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam.  Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang  penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini :  Ke bumi  tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.

Islam  mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali,  hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan  kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan  Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……”  Islam  mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai  khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang  dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan  manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika  tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di  daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?

Ajaran  sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan  undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka.  Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun  dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh  dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan  membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang  diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan  projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan  hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup  serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh  mereka.

Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang  adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan.  Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun  Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia  semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS  tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas  amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa  ke akhirat? Fikirkanlah.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Kg Pulau Melaka.

Bertarikh : 25 Safar 1432H / 30 Januari 2011M

Koleksi Gambar YAB Tuan Guru sepanjang Kempen PRK DUn Tenang