Archive for the ‘Isu Semasa’ Category
• Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kelihatan seolah-olah semakin ingin menonjolkan sebagai wira UMNO apabila mengambil peluang dari situasi yang berlaku di dalam pengurusan kerajaan negeri Kelantan hari ini untuk mengeluarkan kenyataan menyerang kepimpinan PAS negeri Kelantan. • Terbaru muka hadapan akhbar sinar Harian, 22 November 2008 melaporkan kenyataan Ibrahim yang menyifatkan bahawa [...]
16 November 2009 – Semalam, satu majlis ceramah umum membariskan pimpinan utama Pakatan Rakyat telah diadakan di PUTIK, Pengkalan Chepa. Majlis tersebut sempena ulang tahun ke-19 Kerajaan PAS di Kelantan. Bagi sahabat-sahabat yang tidak sempat hadir, boleh muat turun ceramah melalui link berikut : YB Datuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang http://www.mediafire.com/?vvmytzwehjj YB Datuk Seri [...]
12 November 2009 – Utusan Malaysia merupakan satu media yang hanya akan menyalurkan berita yang boleh memberikan keuntungan kepada UMNO/BN. Mana mungkin lidah rasmi seperti ini akan menyiarkan berita yang positif berkenaan lawan mereka. Bahkan dalam dunia kewartawanan, hari ini prinisp seolah-olah sudah menjadi perkataan yang sedang dalam proses ‘pemuziuman’. Lantas, membaca berita dari Utusan [...]
Malam tadi saya diundang ke Majlis Ceramah Pentas Pemuda dan Roadshow Isu Royalti Minyak di Bandar Gua Musang. Turut menyampaikan ceramah ialah YB Dato’ Husam bin Musa, Yb Mohd Zaki Ibrahim, YB Ustaz Abdul Latiff bin Abd Rahman dan YB Che Hashim Sulaiman, ADUN Galas. Walaupun hujan turun agak lebat namun kedatangan hadirin cukup memberansangkan [...]
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik, Bukhari dan Tirmizi, Rasulullah SAW pernah didatangi oleh seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, pesanlah sesuatu kepada aku..” Lalu Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu marah”. Pesanan itu nampak ringkas, tetapi di sitiulah letaknya nilai fikiran manusia. Kadang-kadang emosi yang menguasai akal mampu memandu anggota melakukan sesuatu perkara yang akhirnya dikesali. [...]
07 November 2009 – Saya pulang dari kuliah maghrib mingguan di Melor ke rumah saya di Pasir Mas. Kelihatan sepanjang jalan kedai-kedai kopi dipenuhi oleh anak-anak muda (dan juga tua) untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Melalui corong radio, sudah kedengaran suara pengulas yang memberitahu bahawa Kelantan ketinggalan 0-1 [...]
Sehari dua ini saya dihujani pertanyaan ekoran kontroversi yang berlaku di Selangor berkaitan isu non-muslim masuk ke masjid. Saya merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid. (Berita di sini) Benarkah demikian? Apakah [...]
1 November 2009 – Malam semalam sekali lagi saya mempengerusikan majlis ceramah umum anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Chetok, Pasir Mas. Kehadiran agak kurang memberansangkan, berkemungkinan kerana perlawanan separuh akhir kedua Kelantan vs Perlis sedang ke udara melalui RTM1. Apapun, rakaman ceramah sempat saya muat naik untuk sahabat-sahabat yang berminat. 1. Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, [...]
31 Oktober 2009 – Baru sebentar tadi saya diamanahkan untuk mempengerusikan majlis ceramah umum sempena perayaan Jubli Perak 25 Tahun PASTI yang diadakan di perkarangan stadium Sultan Muhammad IV. Alhamdulillah, sekalipun hujan turun renyai-renyai tetapi bilangan kehadiran agak menggalakkan. Berikut ialah rakaman ceramah untuk dimuat turun oleh peminat-peminat yang tidak sempat datang : 1. Ucapan [...]
Baru sekejap tadi saya mempengerusikan majlis ceramah umum di Pusat Tarbiah PAS Pohon Buluh, Pasir Mas. Asalnya YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sendiri yang sepatutnya hadir menyampaikan ceramah, tetapi khabarnya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana Tuan Guru menghadiri majlis hari raya di Konsul Thailand di Kota Bharu. Apapun, ceramah malam ini yang dibarisi [...]











