Archive for the 'Isu Semasa' Category

Jika Hanya Tidak Puas Hati, Kenapa Melompat?

Categorized Under: Isu Semasa No Commented

Sehari dua ini nampaknya politik negara bergoncang dengan tindakan beberapa orang ahli parlimen dan individu dari PKR keluar dari parti. Dari katil hospital, saya membaca gelagat ini yang dipersembahkan satu demi satu. Ada yang mengisytiharkan bebas bahkan ada yang terus memasuki UMNO. Barangkali drama ini sudah di penghujung atau akan ada lagi watak-watak lain, wallahua’lam. [...]

‘Bakal Menteri Besar’ Masih Bermimpi?

Categorized Under: Isu Semasa No Commented

Malaysia bahkan dunia pun mungkin telah mencatat sejarah yang menarik apabila sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pernah digegarkan dengan kempen agresif UMNO/BN di dalam menawan Kelantan. Bermula dengan kempen ”18 Pade Doh” sehinggalah kepada menabalkan ”Bakal Menteri Besar”, UMNO / BN terus kempunan di dalam menawan Kelantan. PAS terus gagah bersama Pakatan Rakyat [...]

Menyantuni Perbezaan di Dalam Berjemaah

Categorized Under: Isu Semasa 2 Commented

“Apa pandangan anta tentang kerajaan perpaduan?” Soalan yang ’famous’ seperti itu seringkali ditujukan kepada saya sendiri sewaktu isu ini meletus pertengahan tahun ini. Biasanya soalan itu tentunya tidak habis di situ. Biasanya ia akan merebak kepada anta berada di pihak mana antara Datuk Husam dan Ustaz Nasa? Di dalam pemuda Kelantan, anta menyokong siapa, Ustaz [...]

Dari Harakahdaily : Garam dan usia, guru kepada Nik Aziz

Categorized Under: Isu Semasa No Commented

Oleh : Anual Bakri Haron

Makhluk bernama usia penuh dengan keajaiban. Ia sebuah program perjalanan genetik yang berada dalam khazanah kehidupan. Ia tidak dapat dielakkan. Bagaikan tabii sebuah perahu yang menghilir, ia perlahan mengalir.
Adakala, ia tersangkut awal dan boleh kekal terhenti. Ada masanya, ia boleh terhenti sementara dan mengalir lagi untuk juga berhenti di tengah. [...]

Datuk Ibrahim Ali Wajar Fikirkan Nasib Sendiri

Categorized Under: Isu Semasa, politik No Commented

• Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kelihatan seolah-olah semakin ingin menonjolkan sebagai wira UMNO apabila mengambil peluang dari situasi yang berlaku di dalam pengurusan kerajaan negeri Kelantan hari ini untuk mengeluarkan kenyataan menyerang kepimpinan PAS negeri Kelantan.
• Terbaru muka hadapan akhbar sinar Harian, 22 November 2008 melaporkan kenyataan Ibrahim yang menyifatkan bahawa krisis PAS [...]

Rakaman Ceramah Sempena 19 Tahun Pemerintahan PAS Di Kelantan

Categorized Under: Isu Semasa No Commented

16 November 2009 – Semalam, satu majlis ceramah umum membariskan pimpinan utama Pakatan Rakyat telah diadakan di PUTIK, Pengkalan Chepa. Majlis tersebut sempena ulang tahun ke-19 Kerajaan PAS di Kelantan. Bagi sahabat-sahabat yang tidak sempat hadir, boleh muat turun ceramah melalui link berikut :

YB Datuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang http://www.mediafire.com/?vvmytzwehjj
YB Datuk Seri Anwar [...]

Kenyataan Datuk Hassan Ali Kurang Sesuai

Categorized Under: Isu Semasa No Commented

12 November 2009 – Utusan Malaysia merupakan satu media yang hanya akan menyalurkan berita yang boleh memberikan keuntungan kepada UMNO/BN. Mana mungkin lidah rasmi seperti ini akan menyiarkan berita yang positif berkenaan lawan mereka. Bahkan dalam dunia kewartawanan, hari ini prinisp seolah-olah sudah menjadi perkataan yang sedang dalam proses ‘pemuziuman’.
Lantas, membaca berita dari Utusan Malaysia [...]

Pentas Pemuda dan Road Show Isu Royalti Minyak

Categorized Under: Isu Semasa, politik No Commented

Malam tadi saya diundang ke  Majlis Ceramah Pentas Pemuda dan Roadshow Isu Royalti Minyak di Bandar Gua Musang. Turut menyampaikan ceramah ialah YB Dato’ Husam bin Musa, Yb Mohd Zaki Ibrahim, YB Ustaz Abdul Latiff bin Abd Rahman dan YB Che Hashim Sulaiman, ADUN Galas.  Walaupun hujan turun agak lebat namun kedatangan hadirin cukup memberansangkan [...]

Nabi Berpesan, “La Taghdhab”

Categorized Under: Isu Semasa No Commented

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik, Bukhari dan Tirmizi, Rasulullah SAW pernah didatangi oleh seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, pesanlah sesuatu kepada aku..” Lalu Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu marah”.
Pesanan itu nampak ringkas, tetapi di sitiulah letaknya nilai fikiran manusia. Kadang-kadang emosi yang menguasai akal mampu memandu anggota melakukan sesuatu perkara yang akhirnya dikesali. Kita [...]

Bola Itu Bulat…

Categorized Under: Isu Semasa No Commented

07 November 2009 – Saya pulang dari kuliah maghrib mingguan di Melor ke rumah saya di Pasir Mas. Kelihatan sepanjang jalan kedai-kedai kopi dipenuhi oleh anak-anak muda (dan juga tua) untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Melalui corong radio, sudah kedengaran suara pengulas yang memberitahu bahawa Kelantan ketinggalan 0-1 [...]