Archive for the ‘Isu Semasa’ Category
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyelar kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengatakan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya berkuasa tidak masuk akal dan boleh menyebabkan negara menjadi muflis. Ibrahim Ali berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu [...]
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyifatkan dakwaan Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Datuk Bazlan Baharuddin yang meyifatkan Menteri Besar Kelantan sebagai kemaruk jawatan sebagai satu dakwaan daripada orang yang hilang pertimbangan. Kenyataan tersebut disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Selasa 31 Januari 2012 di halaman K6. 2. DPPNK ingin mengingatkan bahawa sistem [...]
Pada 25 Oktober 1978, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pernah bertanya di dalam parlimen pada masa itu berkenaan dengan pegerakan Freemason yang dikaitkan dengan zionisme. Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hussein Onn yang menjawab soalan itu turut diajukan soalan tambahan bahawa adakah kerajaan Malaysia berhasrat untuk mengharamkan pertubuhan [...]
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tidak melihat sebarang perkembangan luar biasa di sebalik keyakinan UMNO untuk merampas balik Kelantan daripada penguasaan PAS di dalam pilihanraya umum yang akan datang sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein. Kenyataan beliau itu dilaporkan di halaman 3, akhbar [...]
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong penuh pengumuman yang dibuat oleh ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Haji Husam bin Musa yang menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya bayaran royalti minyak dikembalikan. Pengumuman itu dilakukan ketika beliau membentangkan kertas kerja di [...]
Menjawab kekeliruan tentang hukum hudud Bookmark on Delicious Digg this post Recommend on Facebook share via Reddit Share with Stumblers Tweet about it Subscribe to the comments on this post
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) ingin memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 hari ini yang sekali lagi menggesa agar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin lain selepas 21 tahun mentadbir negeri Kelantan. [...]
1. Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah seperti yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, muka surat 11 pada hari ini, 23 Mei 2011. Beliau dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana [...]
Saya merujuk kepada kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini. Beliau dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara UMNO dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan. Dengan bersangka baik kepada Sohibus Samahah Mufti [...]
Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari (20 Mac 2011) Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz’s Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz). Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar [...]











