Archive for the 'Ilmiah' Category

Mukmin Profesional

Categorized Under: Ilmiah No Commented

Apabila diminta membentangkan kertas kerja bertajuk Mukmin Profesional, agak berat untuk saya menyanggupinya lantaran ketiadaan maklumat dan juga pengalaman yang banyak di dalam bidang ini. Namun, saya cuba gagahi untuk sedikit sebanyak berkongsi pandangan dan idea. Saya perturunkan di sini kertas kerja agar mungkin dapat dikongsi dengan pembaca, setidak-tidaknya memberi komentar membina (bukan membunuh)… [...]

Wajarkah Berpolitik di Masjid?

Categorized Under: Ilmiah No Commented

Seringkali terdengar pertikaian di antara jemaah masjid berikutan isi kandungan tenaga pengkuliah yang dikatakan menyentuh isu politik. Ditambah dengar bahang pilihanraya umum ke12 yang masih lagi terasa, sentimen politik kepartian ternyata masih menebal khususnya di kalangan rakyat Kelantan yang terkenal dengan budaya berpolitik yang hebat.Soalnya, wajarkah masjid digunakan sebagai pentas untuk menyuarakan pandangan [...]

Tidak wajarkah wanita berjemaah di masjid?

Categorized Under: Ilmiah one Commented

Isu ini sekalipun merupakan isu terpencil di tengah-tengah pergolakan politik negera pasca tsunami PRU12, namun ia merupakan isu yang juga penting untuk dibcarakan. Sekali pandang, isu ini nampak remeh. Namun apabila ada beberapa pihak yang mempertikaikan secara lantang keharusan wanita untuk berjemaah di majsid, penulis tergerak untuk memperkatakan sedikit mengenai isu ini. Tambahan pula, apabila [...]

Tunggu Kubur : Relevankah?

Categorized Under: Ilmiah No Commented

Kurang pasti saya adakah amalan ini masih subur atau tidak pada hari ini. Namun di sesetengah tempat, saya mendapati ia masih diamalkan dengan begitu meluas. Khususnya di Kelantan, beberapa lokasi boleh dianggap sebagai lokasi yang ‘makruf’ dengan amalan ini. Saya ajukan persoalan kepada beberapa orang individu yang begitu kuat mempertahankan amalan menunggu kubur, jawapannya mudah, [...]

AT-TARGHIB WA AL-TARHIB MIN AL-HADITH AL-SYARIFF Oleh Al-Hafiz Abd al-‘Azim Abd al-Qawiyy al-Munziri

Categorized Under: Ilmiah No Commented

Pengenalan Kitab Al-Targhib Wa At-Tarhib Wa Al-Tarhib Min Al-Hadith Al-Syariff
Kitab al-Targhib wa al-Tarhib yang dikarang oleh al-Hafiz al-Munziri adalah merupakan di antara kitab-kitab yang utama yang mengumpulkan hadis-hadis mengenai kelebihan melakukan amalan dan juga ancaman-ancaman atau disebut di dalam istilah pengajian hadis al-Targhib wa al-Tarhb. Usaha ini memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam [...]

Bahrul Mazi Susunan Al-Marbawi

Categorized Under: Ilmiah 2 Commented

PENGENALAN PENGARANG
          Beliau ialah Mohd Idris bin Abd Rauf al-Marbawi[1]. Dilahirkan di Makkah al-Mukarramah pada 28 Zulkaedah 1313H bersamaan 1893 M. Pada tahun 1903, beliau dan keluarganya pulang ke tanah air bersama keluarganya.[2]
          Beliau seterusnya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya menyambung pelajaran ke Sekolah Pondok Syeikh Wan Muhammad di [...]

Puasa 9 dan 10 Muharram

Categorized Under: Ilmiah No Commented

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang [...]

Khilafah Rasyidah dan Lahirnya Mahdi Yang Ditunggu

Categorized Under: Ilmiah No Commented

Di dalam dunia yang bergolak panas hari ini, menyaksikan satu persatu negara umat Islam jatuh berguguran ke tangan penjajah. Selepas kejatuhan Afghanistan dan Iraq, tiada yang mampu meramalkan berhentinya serigala buas bernama Amerika dari terus memburu mangsa. Pilihanraya hujung tahun ini mungkin menjadi penyebab Bush dan armadanya berkampung di sekeliling White House bagi memastikan kelangsungan [...]

Puasa Enam Hari di Bulan Syawwal

Categorized Under: Ilmiah No Commented

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun” (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa). Hadis ini menjadi hujjah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya [...]

PERJUANGAN : HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID

Categorized Under: Ilmiah No Commented

Muqaddimah
Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap saat dan masa pasti menaksikan wujudnya penentang-penentang kebenaran, sebagaimana setiap saat menyaksikan kewujudan gerakan atau firqah yang benar-benar itqan dengan usaha menegakkan kalimah Allah SWT. Sejarah membariskan pertentangan para ambiya’ musuh-musuh masing-masing pada situasi dan zaman yang berbeza, namun [...]