Keyakinan UMNO Rampas Kelantan : Presiden UMNO Dicabar Bertanding di Kelantan
Jan
2012
2012
25
- Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tidak melihat sebarang perkembangan luar biasa di sebalik keyakinan UMNO untuk merampas balik Kelantan daripada penguasaan PAS di dalam pilihanraya umum yang akan datang sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein. Kenyataan beliau itu dilaporkan di halaman 3, akhbar Utusan Malaysia hari ini 25 Januari 2012. Bagi pihak DPPNK, keyakinan sebegini adalah perkara lumrah dan bukanlah kali pertama disuarakan oleh pimpinan UMNO samada di peringkat pusat mahupun negeri Kelantan.
- Untuk rekod, sukalah DPPNK mengingatkan bahawa di dalam pilihanraya umum 2008, UMNO Kelantan di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa juga menyuarakan keyakinan yang sama bahkan lebih hebat lagi telah mengisytiharkan bakal Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Dr. Awang Adek sendiri yang pada hari ini sedang berdepan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima sejumlah deposit wang yang meragukan ke dalam akaun peribadi milik beliau.
- Bagaimanapun, keyakinan UMNO Kelantan pada masa itu hancur berkecai apabila Awang Adek tewas di kedua-dua buah kerusi yang ditandingi iaitu DUN Perupok dan Parlimen Bachok manakala UMNO pula tewas di sebahagian besar kerusi yang ditandingi dan hanya mengekalkan enam kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
- Demikian juga dengan pilihanraya umum 1995, 1999 dan 2004, setiap kali menjelang pilihanraya umum pasti akan sentiasa keluar kenyataan pimpinan UMNO yang yakin dapat merampas Kelantan. Dalam keyakinan itulah, Kelantan terus kekal di bawah penguasaan PAS semenjak tahun 1990 sehingga ke hari ini.
- Justeru, apabila keyakinan ini diulangi sempena lawatan Presiden UMNO ke Kelantan dua hari lepas, DPPNK melihat ia sebagai satu perkembangan yang biasa. Bahkan DPPNK mempelawa Presiden UMNO untuk bertanding di mana-mana parlimen di negeri Kelantan yang telah disifatkan oleh beliau sebagai ‘winnable state’.
- Dengan perkembangan krisis dalaman UMNO di peringkat negeri Kelantan serta di peringkat pusat ditambah sambutan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akhir-akhir ini, DPPNK yakin insya-allah, bukan sahaja Kelantan gagal ditawan oleh UNMO bahkan Putrajaya sekalipun akan bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bertarikh : 25 Januari 2012
1 comment
Trackback e pingback
No trackback or pingback available for this article












Nampak gayanya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang dikatakan sedang berehat di wad CCU HUSM terpaksa berehat lebih panjang.
Masakan tidak, peniaga Pasar Lama MPKB semakin berang apabila Ahmad tidak menunaikan janjinya untuk menyambung semula bekalan elektrik pada petang semalam (Isnin).
Hari ini, kira-kira 300 peniaga berkumpul secara aman di hadapan Istana Balai Besar untuk menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi memohon baginda campur tangan dalam isu tersebut.
Selepas berkumpul di hadapan Istana Balai Besar, kumpulan peniaga itu kemudiannya berarak ke pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim untuk menyampaikan memorandum sama kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun Nik Abdul Aziz tiada di pejabat dan memorandum tersebut hanya berjaya diserahkan kepada pegawai khasnya, Zawawi Muhammad.
Inilah cara pemerintahan negara berkebajikan yang diamalkan oleh Pas, peniaga kecil yang rata-ratanya orang Melayu ditindas di bumi Serambi Mekah.
Adakah ini contoh kebajikan yang diamalkan oleh Nik Aziz?. Pas Kelantan yang semakin takbur dan bongkak sewajarnya diajar oleh rakyat Kelantan. Cukup setakat itu sahaja, ayuh rakyat Kelantan bangkit dan jangan biarkan diri terus ditipu oleh Pas yang memutar belitkan Islam demi kepentingan diri mereka.