Buku : Sejarah PAS Kelantan (1959-1978) : Langkah-langkah Menuju Mardhatillah

ULASAN OLEH : AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Buku Sejarah PAS Kelantan (1959 – 1978) : Langkah-langkah Menuju Mardhatillah ini telah dilancarkan di Medan Ilmu pada hari Jumaat, 12 November 2010 yang lalu oleh YB Dato Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan. Hasil sentuhan pena bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Ustaz Haji Salahuddin bin Abdullah ini menghidangkan kepada pembaca detik-detik penting lewat pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1959 sehinggalah kepada tumbangnya kerajaan PAS pada pilihanraya 1978.

Haji Salahuddin selaku seorang veteran PAS di Kelantan nyata sekali hadam dengan sejarah PAS khususnya di Kelantan. Justeru, buku ini dimulakan penceritaan latar belakang masyarakat negeri Kelantan sebelum kehadiran PAS. Pelbagai isu yang berlaku mewarnai senario sosial dan politik masyarakat Kelantan pada masa itu seperti pertembungan kaum Muda dan kaum Tua, perkelahian antara kampung dan pertumbuhann pusat-pusat hiburan di dalam kawasan bandar membentuk landskap plitik yang mendambakan kehadiran sebuah gerakan politik Islam seperti PAS. Apatah lagi latar belakang Kelantan sendiri sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah dan kepesatan instituti pondok membentuk masyarakat umat Islam yang teguh berpegang dengan ajaran agama.

Pengarang juga tidak lupa untuk merakamkan sejarah penubuhan PAS di Gunung Semanggol dan beberapa orang tokoh penting yang memainkan peranan pada zaman awal penubuhan PAS di seluruh negara. Nama-nama ini yang sebahagiannya tidak lagi berada di dalam ingatan generasi muda PAS ditulis kembali agar terus segar di dalam ingatan. Penulis juga memasukkan beberapa agenda mesyuarat yang dilakukan pada era pemerintahan PAS di Kelantan pada tahun 1959 yang tentu sekali sudah sukar untuk ditemui pada hari ini jika tidak melalui sumber-sumber yang turut bersama di dalam detik-detik bersejarah itu.

Pada bab berikutnya, penulis merakamkan pula detik-detik pilihanraya umum 1964 yang dilengkapi dengan manifesto PAS serta beberapa isu yang berlaku sepanjang kempen pilihanraya tersebut. Ini termasuklah isu kafir mengkafir  yang hangat dan hampir mencetuskan pertumpahan darah. Pilihanraya umum 1964 terus dimenangi oleh PAS yang berjaya mempertahankan kerajaan. Bagaimanapun, detik-detik berikutnya diwarnai oleh pertumpahan darah termasuklah kematian YB Abdul Samad Gul, ahli Parlimenn Pasir Mas Hulu. Namun, peristiwa-peristiwa ini tidaklah merencatkan usaha pembangunan negeri Kelantan. Di dalam era inilah, terbinanya Stadium Sultan Muhammad V, Pasar Besar kota Bharu dan Rumah Murah Wakaf Mek Zainab. Selain itu, ditubuhkan PKINK / SEDC, Lembaga Kemajuan pertanian  Kemubu (KADA), Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri (YPTIK) dan juga JASA. Ini sekaligus menafikan tohmahan sesetengah pihak bahawa PAS Kelantan di bawah kepimpinan Allahyarham Dato Asri Muda khususnya tidak mempunyai apa-apa sumbangan di dalam membangunkan negeri Kelantan.

Buku ini juga meramkan detik-detik penting saat penubuhan kerajaan campuran PAS – Perikatan pada tahun 1973 ekoran pelawaan Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Seterusnya, PAS secara rasmi menyertai gabungan Barisan Nasional dan mendapat kemenangan yang selesa di dalam pilihanraya umum 1974. Bagaimanapun, langkah ini menyebabkan PAS berpecah kepada beberapa parti serpihan yang melemahkan kekuatan PAS yang sedia ada selain krisis kepimpinan yang melanda PAS Kelantan ketika era kepimpiinan Allahyarham Dato’ Haji Muhammad Nasir. PAS seterusnya disingkirkan daripada Barisan Nasional pada 14 Disember 1977. Hakikat sejarah inilah  yang meninggalkan parut yang begitu mendalam di kalangan tokoh-tokoh PAS pada masa itu hinggalah ke hari ini. Justeru, pandangan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak dengan tegas sebarang penyatuan PAS dan UMNO pada hari ini adapat difahami jika dinilai dengan kaca mata sejarah.

Tanpa syak lagi, buku ini wajib dimiliki oleh setiap individu yang benar-benar ingin memahami sejarah PAS khususnya di Kelantan. Turut sesuai dimiliki oleh ahli-ahli akademik yang berminat dengan politik tanah air kerana setiap fakta yang dinyatakan turut disertakan dengan sumber rujukan dan nota kaki.

Ketebalan buku : 369 muka surat

Kulit :  Hard cover

Diterbitkan oleh : Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Tingkat 1, Jalan Dato Pati, 15000 Kota Bharu.

Kata pengantar : YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia al-Mursyidul Am PAS.

Cetakan : Percetakan Zulrahim Sdn Bhd, Jalan Bayam, Kota Bharu.

Harga : RM30.00 + RM10.00 (pos)

Bagaimana untuk membeli?

1. Sila masukkan bayaran ke akaun 03102010001545 (Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama UKMB RESOURCES

2. Hantar email bertajuk “UKMB SEJARAH PAS KELANTAN” ke  iklan at ukmb.my dengan menyertakan sekali bukti pembayaran dan alamat.

3. Segala permasalahan boleh diemailkan ke  iklan at ukmb.my

Nombor akaun: 03102010001545 (Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB))
Penama akaun : UKMB RESOURCES

2. Hantar email bertajuk “UKMB” ke  iklan at ukmb.my dengan menyertakan sekali bukti pembayaran dan alamat.

3. Bagi yang ingin membeli terus, sila dapatkan di Kedai Kita, Bangunan PAS Kelantan, Jalan Dato Pati, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

4. Segala permasalahan boleh diemailkan ke  iklan at ukmb.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Why ask?