Terima kasih semua atas doa dan ingatan

Apr
2010
08

posted by on Peribadi

No comments

Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dan kenalan yang mengutuskan takziah, doa dan ingatan di atas pemergian dua bayi kembar saya Isnin lepas. Isteri saya sudah dibenarkan keluar dari wad selepas dua hari menerima rawatan, manakala kedua-dua bayi lelaki saya yang meninggal dunia sekitar 20 minit selepas dilahirkan telah selamat saya kebumikan pada malam tersebut.

Semoga kedua-duanya menjadi bekal kami untuk mengadap Allah SWT. Kedua-duanya yang saya namakan Abdullah dan Abdul Rahman lahir dengan sifat yang cukup malah salah seorang daripadanya sempat mengeluarkan suara. Dengan kalimah syahadah, saya iringi pemergian mereka mengadap Allah SWT.

Kepada semua kenalan dan sahabat handai, terima kasih atas ingatan kalian.

Leave a Reply

Why ask?