FENOMENA PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL DAN IMPLIKASINYA KEPADA KEDUDUKAN ISLAM DAN PENGANUTNYA DI MALAYSIA: BEBERAPA REFLEKSI
2009
Oleh: Dr. Haji Muhammad Nur Manuty
Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Sivil (CESMACS) Kuala Lumpur
MUKADDIMAH
Pada abad 20 yang lalu, gagasan pemikiran modenisme Islam telah digerakkan oleh beberapa tokoh ilmuan dan cendikiawan Muslim ternama seperti as-Syaikh Jamaluddin al- Afghani, as-Syaikh Muhammad ‘ Abduh, Sayyid Ameer Ali, Syed Ahmad Khan, dan lain-lain. Meskipun niat para reformis itu untuk menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi, namun kesan-kesan modenisme yang berakar dari filsafat Barat telah menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif dalam pemikiran Islam. Saat ini kita sedang berhadapan dengan gejala pemikiran Islam liberal. Pada hakikatnya ia adalah kesinambungan dari pemikiran modenisme. Bagaimanapun, wajah pemikiran Islam liberal yang sedang dikembangkan pada masa kini nampaknya lebih radikal dari pemikiran modenisme Islam. Justeru, idea-idea kontroversi dalam perkara-perkara asas Islam sengaja dilontarkan ke khalayak masyarakat Islam. Kertas ini adalah paparan sepintas lalu kerangka-kerangka pemikiran Islam liberal. Kemudian, kita akan membuat fokus terhadap implikasi pemikiran Islam terhadap kedudukan Islam dan para penganutnya di Malaysia. teks penuh
1 comment
Trackback e pingback
No trackback or pingback available for this article












Salam ziarah. Blog abg Li sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling bertukar link? Nak tak? Thanks.