Dr Abdul Aziz Bari dan Kritikannya

Categorized Under: politik No Commented

Membaca kenyataan terbaru Dr. Abdul Aziz Bari di dalam Malaysiakini (rujuk di sini) membawa saya kepada satu persoalan misteri. Kenapa ahli akademik seperti beliau boleh berkata demikian mengenai kepimpinan PAS? Umum mengetahui, bahawa ini bukan kali pertama Dr Abdul Aziz Bari mengkritik kepimpinan Presiden PAS dengan menyamakannya sebagai ’tidak bermaya’ dan ‘pro UMNO’. Tetapi kali ini nampaknya lebih padu dengan dakwaan bahawa Presiden PAS ‘tidak stim’.

Dr Aziz Bari mungkin benar-benar menghayati slogan ‘PAS for All’. Lantaran itu, walaupun beliau tidak merupakan ahli PAS, beliau merasakan berhak untuk bersuara mengenai kepimpinan PAS sehingga ke peringkat mencadangkan agar presiden parti ditukar.

Bagaimanapun, dalam dunia akademik, dakwaan perlu disokong dengan fakta. Hipotesis apa sekalipun boleh diletakan, tetapi ia perlu dibuktikan. Jika tidak, tesis itu akan ditolak. Dr Abdul Aziz Bari tentu arif tentang hakikat ini. Beliau berkali-kali mendakwa bahawa Presiden PAS dan ’puak-puaknya’ ialah pro-UMNO, lalu menjadi tanggungjawab beliau untuk membuktikan dakwaan itu.

Menyerang bertalu-talu kepimpinan PAS pada saat beliau diberikan peluang untuk berbicara secara terus di hadapan kepimpinan PAS bukan langkah yang beradab. Menunggu sehari lagi untuk menyebut dakwaan itu secara jelas di hadapan ahli-ahli PAS bukanlah satu perkara yang payah sanagt.

Jika beliau menganggap dirinya sebagai kawan, bukan itu caranya. Lainlah jika Dr Abdul Aziz Bari menganggap dirinya ialah musuh.

06 November 2009

Leave a Reply