Datuk Ibrahim Ali Wajar Fikirkan Nasib Sendiri

Nov
2009
22

posted by on Isu Semasa, politik

No comments

SINAR231109• Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kelihatan seolah-olah semakin ingin menonjolkan sebagai wira UMNO apabila mengambil peluang dari situasi yang berlaku di dalam pengurusan kerajaan negeri Kelantan hari ini untuk mengeluarkan kenyataan menyerang kepimpinan PAS negeri Kelantan.

• Terbaru muka hadapan akhbar sinar Harian, 22 November 2008 melaporkan kenyataan Ibrahim yang menyifatkan bahawa krisis PAS Kelantan semakin parah dan mula dijangkiti penyakit cantas mencantas yang dulunya terdapat di dalam UMNO.

• Saya melihat kenyataan Ibrahim tidak lain hanyalah semata-mata ingin menunjukkan bahawa dirinya mampu untuk menjadi senjata UMNO di Kelantan khususnya di dalam menawan Kelantan daripada tangan PAS di dalam pilihanraya akan datang.

• Lantaran itu, kita melihat Ibrahim lebih ‘UMNO daripada UMNO’ sendiri di dalam mengeluarkan kenyataan demi kenyataan menyerang dan menghentam kepimpinan PAS dan juga Pakatan Rakyat. Di dalam masa yang sama, Ibrahim sibuk memuji dan menjulang kepimpinan UMNO/Barisan Nasional yang dulunya pernah dikecam hebat ketika bertanding menggunakan lambang PAS di dalam pilihanraya umum 2008.

• Saya ingin menasihatkan Datuk Ibrahim Ali agar memikirkan nasib beliau terlebih dahulu sebelum sibuk bercakap soal rumahtangga PAS. Beliau sendiri pun masih belum diterima sebagai ahli UMNO dan ditolak oleh UMNO Bahagian Pasir Mas. Tidak mustahil di dalam pilihanraya akan datang, Ibrahim terpaksa menarik diri dari bertanding kerana bimbang kalah atau bertanding dengan menggunakan lambang payung sekali lagi.

• Ibrahim diingatkan bahawa lambang payung yang telah digunakannya tidak mampu memayungi dirinya dari kekalahan. Beliau telah kalah dua kali berturut-turut di dalam pilihanraya di Pasir Mas dan Pengkalan Pasir di atas tiket Bebas.

• Oleh yang demikian, sayugia dinggatkan kepada Ibrahim supaya memikirkan nasib sendiri terlebih dahulu sebelum sibuk bercakap soal rumahtangga PAS. PAS sendiri pun tidak memerlukan jurucakap seperti Ibrahim untuk membuat penjelasan berkenaan dengan sebarang isu kepada rakyat.

Leave a Reply

Why ask?