Tidak Bertanding di Penanti : BN Mengambil Langkah ke Belakang?
2009
Hari ini mungkin tidak ada berita yang paling pelik melainkan langkah buang tabiat Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan untuk tidak bertanding di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti. Agak mengejutkan tetapi tidaklah terlalu luar jangka. Apatah lagi dengan gembar-gembur televisyen yang menyiarkan berita kebelakangan ini mengenai pak-pak menteri yang turun berkampung di Penanti untuk menabur budi (atau menagih undi?). Perkembangan ini menunjukkan seolah-olah BN akan mengambil langkah berani untuk turun bertanding, namun keputusan tidak bertanding juga yang diambil.
Sebenarnya, tidak ada yang tergambar di benak fikiran Perdana Menteri melainkan bayangan kekalahan. Gariskanlah sejuta alasan sekalipun, ia sama sekali tidak akan menangkis keyakinan rakyat terhadap ketakutan BN berdepan secara anak jantan dengan Pakatan Rakyat.
Masih terngiang-ngiang tuduhan ’bacul’ dari mulut Tun Abdullah Badawi yang dilemparkan kepada pembangkang di saat pilihanraya kecil Batu Talam dipulau hampir dua tahun yang lalu. Ternyata ia tidak mengambil masa yang lama untuk ludah tersebut jatuh kembali ke pipi BN pada hari ini. Kalau dua tahun lepas, memulau pilihanraya dianggap bacul, maka hari ini langkah dianggap sebagai apa?
Dan sebenarnya kebaculan tersebut bukan sahaja dapat dilihat hasil daripada pemulauan ini sahaja, bahkan pelepasan ekspress seorang Manoharan, ADUN DAP di Selangor dari ISA selepas memberikan ugutan untuk meletakkan jawatan menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa BN telah bertukar menjadi Bacul & Naif. Ketakutan yang maha dahsyat terhadap pilihanraya kecil menyebabkan mereka mengambil langkah segera untuk membebaskan tahanan ISA tersebut yang telah merengkok tanpa sebab dalam tahanan selama dua tahun. Jika hari ini beliau dibebaskan, maka penahanan selama dua tahun disebabkan apa? Atau BN menganggap kecil harga sebuah kebebasan?
Terakhir sekali, bukti kebaculan ini ialah keengganan untuk membubarkan DUN Perak. Jangan dianggap kata-kata Tun Mahathir bahawa DUN Perak tidak perlu dibubarkan sebagai menandakan sokongan terhadap tindakan BN. Bahkan bukan Mahathir kalau tidak bercakap dengan tiga lapis bahasa. Itulah sindiran dari seorang tua yang barangkali terlalu kecewa melihat dayusnya parti yang pernah dipimpinnya dan sempat pula dia menyaksikan kedayusan tersebut di hujung usianya.
BN tidak mampu untuk membuat u-turn. Jalannya hanya sehala iaitu menuju kejatuhan. Tinggal lagi, apakah yang akan mengisi kejatuhan ini?
1 comment
Trackback e pingback
No trackback or pingback available for this article












Assalammualaikum,
Marilah kita terus berpecah dan bergaduh….benci membenci dan fitnah memfitnah…Nabi S.a.w telah bersabda bahawa diakhir zaman umat islam akan ramai tetapi mereka seumpama buih dilaut” Benarlah sabda Nabi S.A.W….Kini tak payah pergi jauh,,,,dinegara ini….kita terus berpecah belah..tetapi kafir tak kira apa parti pun akan bersatu menjaga kepentingan mereka tak kira dari pembangkang atau pemerintah…..Tapi Umat islam terus memaki sesama saudara seislam….terus memperdebatkan siapa lebih mulia dari yg laing…siapa lebih islam dari yang lain……..teruslah kelakuan begini jika pada pemikiran semua bahawa ini adalah terbaik untuk memajukan umah…..
Saya amat tertarik apabila umat islam sampai ketahap megatakan bahawa kafir harbi lebih baik dari saudara islam yang lain hanya kerana berbeza fahaman politik……
Bapa saudara Nabi S.A.W yang dijanjikan neraka dan sehingga akhir hayat tidak menerima Islam…..adakah beliau di hina..dicaci…dimaki….dijauhi oleh Nabi S.A.W???????? Adakah pernah Nabi S.A.W melarang masyarakat islam pada waktu itu dari bergaul secara berhemah dengan Abu Lahab????
Siapakah kita hendak memaki,menghina mencerca dan mengatakan saudara islam kita yang lain adalah tidak bersih..tidak suci…rasuah…penipu…hanya kerana mereka adalah ahli UMNO????? Jangan malukan agama suci Allah…..Jika UMNO sesat dampingilah mereka secara berhemah….secara bijaksana dan bermoral…..
Adakah kerana UMNO baling batu maka kita juga perlu baling Batu….Tak salah bertentangan pendapat,,tak salah berdebat..tapi ingatlah sebusuk..busuk pihak yg kita benci itu…ia masih saudara seislam kita…..Adakah kerana beliau UMNO maka wajib kita bersubahat dengan kafir Harbi DAP untuk menjatuhkan saudara seislam kita…….
Ada yang mengatakan bahawa DAP kafir Harbi lebih bersih dari UMNO!!!!Subahanaalah!!!Fikirlah dengan waras bukan dengan perasaan benci yang amat sangat…Jika kebencian menguasai perasaan dan pemikiran…adakah satu keputusan yang baik dapat dibuat????
Ada yang sanggup mengagungkan DAP kafir harbi berbanding saudara seislam sendiri tapi cuma berlainan parti…..hanya kerana sekelumit kuasa……kita sanggup sampai ketahap meletakan persaudaraan islam rendah berbanding persaudaraan Politik…..
Demi Allah jika ditakdirkan kita meninggal dunia dan yang ada hanyalah kafir Harbi DAP dan Musuh politik yang paling dibenci UMNO maka pada siapakah kita berharap akan menyempurnakan pengkebumian kita……Jangan takbur mengatakan bahawa UMNO belum cukup islam….kerana cukup islam atau tidak bukan tugas kita untuk melebelkan orang yang lain…..
Janganlah kerana Politik kita bermusuhan sesama islam….Janganlah kita menjadi kuda tunggangan kafir harbi bagi mencapai matlamat perjuangan mereka…..Cuba tanya adakah DAP berjuang untuk rakyat Malaysia atau hanya untuk kepentingan Kaum bukan Melayu????? Fikirkan perjuangan mereka……..
1) JIka betul DAP berjuang utk rakyat Malaysia…kenapa tidak berjuang untuk hanya menggunakan satu Bahasa Malaysia sahaja??? Kenapa sibuk nak masukkan bahasa lain (Ini adalah dari konteks satu bahasa kebangsaan)
2) Mengapa mati-mati mempertahankan sekolah aliran Cina…..Kenapa DAP tidak mati-mati menekan Kerajaan supaya cuma mengadakan satu aliran sekolah sahaja demi untuk memperjuangkan perpaduan rakyat Malaysia…Malaysia for Malaysia jadi sekolah Malaysia untuk semua rakyat Malaysia…
3)Apabila polis menembak mati penjenayah bukan Melayu maka DAP sibuk mengatakan bahawa Polis terlalu brutal…tetapi bila penjenayah indonesia atau Melayu….DAP ok aja!!
4)DAP mengatakan bahawa tak adil terlalu ramai orang Melayu di perkhidmatan Awam..maka perlulah diberi lebih tempat kepada orang bukan Melayu….Ini betul…tapi Kenapa DAP tak menjerit bahawa disektor swasta 90% kakitangan dipihak pengurusan adalah bukan Bumiputera maka Kerajaan perlu memastikan bahawa Bumiputera perlu diber lebih tempat….Ada DAP bising tentang ini???????Yang mana untuk kat dia dia diam…..yang mana dia tak control lagi..dia bising minta bagi kat dia…..
5) DAP bising nak hapuskan kuota kontrak kerajaan kepada Bumiputera 30%….kena lebih terbuka beri peluang kepada kaum yang lain untuk lebih maju…..tapi pernahkah DAP bising bahawa 90% kontrak dari syarikat-syarikat swasta adalah diberi kepada kaum bukan bumiputera….tak percaya sila buat bancian di KIlang di Pulau Pinang…..berapa peratus kontraktor mereka adalah bumiputera???Ada DAP berjuang mengatakan bahawa Swasta perlu meningkatkan pengambilan kontraktor Bumiputera?????? Pernahkah DAP kata begitu…yang kononnya berjuang untuk rakyat Malaysia!!!! tapi hanya untuk kaum tertentu sahaja.
6)DAP (serta disokong oleh parti bukan melayu) bahawa perlu diberi jawatan tinggi kepada kaum bukan Melayu….tetapi pernahkah DAP menganjurkan atau memaksa kaum Cina dan india menyertai perkhidmatan Bomba,Polis dan tentera supaya nisbah mereka juga tinggi dalam menjaga kepentingan Negara….ADAKAH???Tak kerana jadi bomba,polis tentera gaji tak banyak….so DAP dim aja….
7)Pernahkah DAP bersetuju dengan Hudud….cuma mereka sanggup menggunakan apa saja hatta menjual ayat alquran semata-mata nak dapat undi…Jika ikhlas dan jujur mintalah DAP hayati apa yang belajar di ALquran…jangan cut & Paste aja….Syaitan pun boleh membaca Al-quran…
Tujuan saya menyenaraikan sebahagian perkara diatas supaya jangalah kita terpedaya kononnya DAP berjuang untuk rakyat Malaysia,….DAP berjuang apa yang untuk kat dia……..dan sanggup melakukan apa saja…….
Akan ada suara yang membenci bahawa sebab kerajaanlah perkara diatas berlaku…benar kerajaan adalah lembik memberi muka kepada kaum lain yang mengambil kesempatan atas perpecahan umat islam, Namun jika kerjaan sekarang tidak bagus adakah DAP kafir Harbi akan memerintah dengan lebih baik……..Bersatunya islam sebenarnya membawa kebaikan kepada bukan islam……
Jangalah kita terpedaya dengan musuh-musuh islam…..syaitan sanggup buat apa saja demi perpecahan umat islam….
Kembalilah ke jalan Allah demi kerana Allah, ikhlas dan jujur…hulurkan salam persaudaraan…..