Kembara ke Semporna, Sabah
2009
17 Mei 2009 – Walaupun hati saya meronta-ronta ingin pulang, apakan daya tiket yang dibeli oleh pihak PASTI Kelantan mencatatkan tarikh pulang pada malam esok. Nampaknya dua malam lagi lah terpaksa bermalam di bumi Di Bawah Bayu ini. Bukan apa, di mata sudah terbayang-bayang tanggungjawab yang saya tinggalkan di bumi Kelantan. Bagaimanakah isteri saya melayan karenah dua mujahid yang cukup melelahkan itu? Bagaimana pula ibubapa saya mengambil alih tugas saya menjaga keluarga? Bagaimana pula dengan minggu peperiksaan yang sedang bermula di KIAS? Soalan-soalan yang perlu saya tashihkan bagaimana? Berapa helaikah surat yang diselitkan oleh kerani di pintu pejabat saya yang berkunci? Aduuh, hatiku ingin pulang… Namun, kerana tiket menyatakan malam esok, malam esoklah.. Lainlah kalau kamu boleh terbang ye bah, kata orang Sabah.
Hari ini jadualnya ialah meninjau PASTI (atau singgah makan) di Semporna Sabah. Perjalanan dari Tawau memakan masa selama hampir dua jam dengan bas yang sudah layak untuk dimuziumkan…. Bumi Semporna sebenarnya masih belum sempurna keadaannya. Ahli Parlimennya pula diamanahkan menjaga negeri Kedah, adakah ada masa pulang ke kampung menjenguk bumi ini?
Mengikut cerita orang di sini, pendudukanya berbilang bangsa dan kabilah. Melayu, Cina dan India merupakan terasnya. Selainnya terbahagi kepada Bajau dan Bajau Laut. Kebanyakannya beragama Islam. PASTI di sini nampaknya lebih hebat dari sesetengah tempat di Kelantan. Mungkinkah kerana keadaan yang ditekan, mereka mampu bergotong royong membina dan menjaga PASTI dengan penuh sistematik. Berlainan dengan Kelantan yang nampak gayanya sudah mula dibelit dengan budaya fulus jika mahu bekerja (perlu datangkan bukti ke?)

Ahli-ahli Lembaga Pengarah PASTI Kelantan bersiap sedia mencemar duli..
Bersama Dato’ Abu Bakar Chik dan YB Dato’ Mahfuz
pelik gak tengok padi ni ditanam dalam longkang… pemandangan berhampiran PASTI Semporna
Salah seorang penduduk Semporna
pasangan suami isteri.. peniaga di Pasar Semporna
Pengkalan Semporna.. Jika mahu ke Pulau Sipadan, mesti lalu di sini pak..
2 comments
Trackback e pingback
No trackback or pingback available for this article












” Bagaimanakah isteri saya melayan karenah dua mujahid yang cukup melelahkan itu? ”
tak pe jer abi.. umi dah biasa dgn semua ini. don wori.. bukankah umi kea faham tetang diari seorang pejuang. hmm..
kesibukkan membuatkan umi lebih bersemangat ok…
senak perut…