Archive for May, 2009

Ujian…. Memartbatkan Hamba Di SisiNya

Categorized Under: Peribadi 4 Commented

Hari ini Jumaat, 29 Mei 2009. Sudah beberapa hari tangan saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog usang ini. Hari ini masa yang agak lapang sekalipun dikejar oleh beberapa tanggungjawab yang mendesak. Selepas kuliah Subuh di Masjid Kg Sireh, ditambah pula dengan kuliah pagi di Kg. Baloh, Kok Lanas, keletihan semakin menguasai urat dan sendi. [...]

Dato' Husam Musa Mengesahkan Bertanding Timbalan Presiden

Categorized Under: Isu Semasa one Commented

Berikut ialah kenyataan rasmi YB Dato’ Husam Musa yang mengesahkan kesediaan bertanding Timbalan Presiden PAS 2009/2011
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Berkuasa Atas Semua Perkara
Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang mulia.
1. Saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Sri Tuan Guru [...]

HUFFAZ GENERASI PELAPIS HARAPAN NEGARA

Categorized Under: Ilmiah No Commented

Kelahiran instituti tahfiz yang tumbuh dengan rancak pada hari ini ialah satu fenomena baru dalam masyarakat umat Islam di Malaysia. Jika diundur kembali 10 hingga 20 tahun ke belakang, kita akan menyaksikan senario yang tentu sekali berlainan degan apa yang disaksikan pada hari ini. Mungkin di waktu itu, ibu bapa khususnya masih lagi memandang masa [...]

Mahkamah Rayuan Membacakan Talkin Untuk UMNO….

Categorized Under: Isu Semasa, politik No Commented

Keputusan Mahkamah Rayuan yang menyebelahi Datuk Seri Zambry hari ini sebenarnya sudah dijangka oleh banyak pihak. Ia bukannya satu perkara yang mengejutkan apatah lagi di saat negara sedang menyaksikan satu demi satu badan bebas merelakan diri untuk diperkuda oleh UMNO/BN.
Keputusan 3-0 hakim-hakim mahkamah rayuan tersebut telah menambahkan satu lagi kaedah yang tidak pernah terfikir oleh [...]

Bertandingkah BN di Manek Urai?

Categorized Under: Isu Semasa, politik 4 Commented

Saya menerima panggilan telefon dari seorang sahabat sejurus selepas kuliah subuh pagi tadi memaklumkan pemergian Allahyarham Haji Ismail bin Yaacob, ADUN Manek Urai ke rahmatullah pagi ini. Beliau meninggal dunia selepas subuh selepas dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout dan kencing manis). Beliau [...]

Tidak Bertanding di Penanti : BN Mengambil Langkah ke Belakang?

Categorized Under: Isu Semasa, politik No Commented

Hari ini mungkin tidak ada berita yang paling pelik melainkan langkah buang tabiat Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan untuk tidak bertanding di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti. Agak mengejutkan tetapi tidaklah terlalu luar jangka. Apatah lagi dengan gembar-gembur televisyen yang menyiarkan berita kebelakangan ini mengenai pak-pak menteri yang turun berkampung di Penanti untuk menabur budi [...]

Masjid Quba' Taman Wawasan, Tawau.

Categorized Under: Isu Semasa, Peribadi No Commented

YB Zaki Ibrahim dan Kapten Mohd Hashim Ahmad
18 Mei 2009 – Saya bertolak ke Masjid Quba’ , Taman Wawasan, Tawau pada petang 15 Mei 2009 bersama dengan YB Mohd Zaki Ibrahim dan YB. Wan Yusoff Wan Mustapha untuk menyampaikan kuliah maghrib. Sepatutnya YB Zaki yang dijadualkan menyampaikan kuliah dan juga penerangan isu-isu semasa, tetapi [...]

Kembara ke Semporna, Sabah

Categorized Under: Peribadi one Commented

17 Mei 2009 – Walaupun hati saya meronta-ronta ingin pulang, apakan daya tiket yang dibeli oleh pihak PASTI Kelantan mencatatkan tarikh pulang pada malam esok. Nampaknya dua malam lagi lah terpaksa bermalam di bumi Di Bawah Bayu ini. Bukan apa, di mata sudah terbayang-bayang tanggungjawab yang saya tinggalkan di bumi Kelantan. Bagaimanakah isteri saya melayan [...]

Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Kebangsaan

Categorized Under: Peribadi 2 Commented

16 Mei 2009 – Hari ini Hari Guru. Diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua bergelar pendidik. Bertalu-talu sms memukul telefon bimbit saya mengucapkan Selamat Hari Guru… tentunya menagih balasan yang menelan kredit …
Hari ini, Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat kebangsaan diadakan di Hotel Emas, Tawau, Sabah iaitu hotel di mana kami menginap. Perasminya [...]

Selamat Hari Guru

Categorized Under: Peribadi No Commented

Guru O Guru

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang [...]