Pemilihan Secara Tender (Lelong) : Mudah Dan Menjimatkan
2008
Saya kira cadangan yang dikemukakan oleh calon Naib Presiden UMNO yang masih kekurangan pencalonan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim adalah sangat praktikal dan bersesuaian dengan budaya UMNO pada hari ini. Beliau dilaporkan menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara ‘tender’. Katanya, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu. Katanya, ”Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu. Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran.”
Entahlah sama ada Rais bergurau, menyindir atau benar-benar memaksudkan cadangannya itu. Tetapi saya mengira dalam keghairahan pemimpim membilang pencalonan pada hari ini, cadangan ini amat sesuai agar rakyat dapat diselamatkan dari sibuk membicarakan soal rumah tangga UMNO yang sentiasa bergolak. Kepeningan rakyat menghadapi keperitan hidup ekoran kenaikan harga barang-barang keperluan akan bertambah lagi deritanya apabila saban hari membaca dan menonton sikap tidak bertamadun pihak-pihak yang berebut projek dan jawatan di dalam UMNO.
Dalam kekalutan ini, timbullah cadangan yang bernas ini dari seorang Menteri Luar. Mungkin pengalaman bertugas sebagai Menteri Luar dalam masa beberapa bulan ini telah berjaya mematangkannya lalu menerbitakan cadangan sebijak ini. Cuma, saya kira untuk cadangan Rais ini, perkataan lelong lebih sesuai. Memanglah, UMNO sudah sampai ke peringkat perlu ditender untuk mengiklan jawatan. Saya kira sepatutnya UMNO mula berfikir untuk mempromosikan iklan jawatan kosong ini di dalam media massa. Sebutlah berapa harganya, sesiapa yang membuat tawaran yang paling tinggi, dialah yang akan berjaya mendapatkan jawatan.
Itulah selayaknya UMNO. Ini kerana soal maruah dan intergriti tidak penting lagi dalam perjuangan UMNO. Rais menyatakan bahawa sebab utama politik wang tidak dapat dicegah ialah kerana ketiadaan bukti. Saya katakan tidak. Sebab utamanya ialah kerana semua lapisan di dalam UMNO terlibat dengan politik wang! Bahkan mereka yang terlibat terang-terangan pun hanya diambil tindakan di dalam parti, bukan dihadapkan kepada BPR. Lihatlah apa yang berlaku kepada Isa Samad, sudahkah BPR membuat siasatan sebagaimana apa yang dilakukan dengan penuh tergesa-gesanya di negeri Perak?
Hakikatnya, UMNO dari atas sampai ke bawah sudah pun rosak dan tidak ada lagi peluang untuk dibaiki. Sesiapa sahaja yang ingin naik ke atas perlu menggunakan kuasa wang dan apabila mereka berada di atas, mereka perlu sentiasa memelihara ‘toyol-toyol’ di bawah dengan habuan ‘telur projek’ sepanjang masa. Maka, di manakah lagi ruang untuk membuat bakti secara ikhlas di dalam parti yang rosak bernama UMNO?
Sedarlah wahai saudara-saudaraku yang masih punya waktu untuk kembali ke jalan yang benar.
2 comments
Trackback e pingback
No trackback or pingback available for this article












Gak di Indonesia, gak di Malaysia, rupanya kondisinya sama saja. hehehehe
Saya amat tertarik dengan pandangan saudara, tapi kita haruslah berfikir agak kedepan sedikit lagi, dimana kalau UMNO dan BN dapat bertahan lebih 50 tahun dalam menguruskan negara, dan rasanya saudara juga adalah hasil anak Toghut itu juga. Bagaimana pula dengan pakatan yang baru beberapa bulan mentadbir beberapa buah negeri pun dah nampak khalut, Timb. Menteri dipecat, MB hilang kuasa dan gila kuasa sampai bawah pokok pun Mesyuarat. Maaflah ye.
GENAP 18 TAHUN KELANTAN DIBAWAH ULAMAK.
Berapa orangkah ulamak dalam pentadbiran kelantan?
Sebanyak manakah undang-undang Syariah yang ditambahbaikkan di Kelantan?
Cuba cek/semak tanah kelantan yang pengambilannya antara tahun 1980-1990an, yang tujuan asalnya untuk bangunan kerajaan, sekarang dah jadi apa? Siapa pengusahanya, berapa harga dijual, mahal ke murah?
Cuba cek/semak tanah rizab untuk ternakan dah jadi apa?
Kalu nak kaya pun janganlah ambil duit dan tanah rakyat?
Perumahan rakyat Kelantan untuk orang miskin atau orang kaya?
Ladang rakyat untuk orang miskin atau orang pati dan adakah pendapatan Peneroka hanya RM200 shj?
Berniaga ayat Quran dengan orang kafir atas pentas parti?
FIKIR-FIKIR dan jawablah ke Email saya…
ADA BYK LAGI