Sejak Bila Pondok & Sekolah Agama Menjadi Agenda Perjuangan UMNO?

Membaca serangan UMNO kepada kerajaan pakatan rakyat di Perak sejak akhir-akhir ini membuatkan kita pening dan terpingga-pingga dengan perubahan sikap mendadak UMNO. Apakah perubahan sikap ini menunjukkan keinsafan yang mula bertapak ataukah ia hanya sekadar tanda-tanda skaratul maut? Kerana kadang-kadang apabila tibanya saat ajal seseorang, boleh jadi dia akan menunjukkan perubahan sikap yang ketara. Kalau dinisbahkan kepada perubahan sikap UMNO sejak kebelakangan ini, adakah ia menunjukkan kepada semakin hampir saat kehancuran parti sekular yang berusia lebih 50 tahun itu?

Isunya apabila kerajaan Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin membuat keputusan utuk memberikan sejumlah tanah kepada sekolah-sekolah beraliran cina di negeri tersebut dengan harapan agar mereka dapat menjadikan tanah tersebut sebagai punca pendapatan untuk menambahkan dana.

Lantas, gegak gempita kuncu-kuncu UMNO khususnya di Perak kononnya pentadbiran negeri sudah mengenepikan sekolah-sekolah agama dan pondok. Inilah sebenarnya wajah UMNO, jika tidak menggunakan senjata bernama perkauman sempit, maka bukanlah namanya UMNO. Bahkan salah satu rukun wajib UMNO ialah menyerang dengan menggunakan senjata perkauman. Kalau tidak, masakan seorang pemimpin UMNO boleh mengatakan secara terbuka bahawa kaum Cina hanyalah menumpang? Tidakkah ucapan itu persis sahaja dengan tindakan seorang pemimpin UMNO yang seringkali menjulang kerisnya di perhimpunan agung dengan ucapan hidup Melayu…!

Sejak bilakah pula UMNO menjadi pejuang sekolah pondok dan sekolah agama? Tidakkan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat dinafikan oleh UMNO di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir dahulu? Ketika itu, di manakah suara perkasa pemuda UMNO Perak?

Kini timbullah cerita kedaifan sekolah-sekolah agama dan pondok khususnya di Perak. Pendedahan ini sepatutnya menyedarkan rakyat bahawa itulah jasa UMNO kepada pendidikan agama. Ingatlah, UMNO telah menjadi kerajaan di Perak selama 50 tahun berbeza dengan Pakatan Rakyat yang hanya baru 5 bulan. 50 tahun dan 5 bulan, dua angka yang benar-benar berbeza. Mana mungkin dalam masa 50 tahun sekolah agama dibela dengan hebatnya oleh UMNO tiba-tiba menjadi dhaif dalam masa 5 bulan? UMNO ooh UMNO.

Justeru itu, kenyataan Menteri Besar Perak untuk mengembalikan semula bantuan perkapita berjumlah RM1.3 juta kepada sekolah-sekolah agama di samping bantuan-bantuan lain sepatutnya menutup mulut UMNO. Tetapi itulah dia UMNO…

2 September 2008

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Why ask?