MANHAJ DAKWAH NABI IBRAHIM DI DALAM AL-QURAN

KATA PENGANTAR

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya kajian ini berjaya disempurnakan di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sesungguhnya tiada sebarang urusan yang mampu diselesaikan kecuali dengan kehendak dan keizinan dariNya semata-mata.

Saya memilih untuk menulis di bawah tajuk Manhaj Dakwah Nabi Ibrahim Di Dalam Al-Quran. Ia adalah berdasarkan kepada pemerhatian kepada suasana masyarakat yang jelas sekali memerlukan kepada lahirnya golongan pendakwah yang boleh berperanan dengan baik dalam menyebarkan mesej dakwah. Namun, di dalam menyebarkan dakwah, golongan pendakwah sendiri sering terpesong daripada manhaj-manhaj dan kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Islam sendiri. Hasilnya, dakwah tidak berjaya disampaikan dengan sempurna atau pendakwah sendiri gugur di dalam perjalanan dakwah. Senario ini akhirnya menjadi satu fenomena biasa di kalangan masarakat menyebabkan kefahaman sebenar tentang Islam tidak berjaya dipupuk dengan baik. Faktornya terlalu banyak, antaranya ialah kegagalan memahami method dakwah seperti yang disarankan oleh Al-Quran sebagaimana yang diamalkan oleh para nabi.

Oleh kerana itulah, saya berusaha untuk sedikit sebanyak mencungkil permata-permata pengajaran berharga yang boleh diambil daripada kisah dakwah nabi-nabi khususnya Nabi Ibrahim yang terkenal dengan cubaan dan ujian-ujian yang dihadapi di dalam hidupnya. Harapan saya ialah semoga usaha yang kecil ini memberikan sedikit sumbangan kepada peradaban ilmu dan sekurang-kurangnya memberikan sedikit panduan kepada golongan pendakwah masa kini.

Semoga usaha yang kecil ini dikira sebagai amalan yang baik dan memperolehi ganjaran di sisi Allah SWT.

- Ahmad Fadhli bin Shaari (9 Mac 2003)

baca artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Why ask?